WhatsApp Ikuti Info Terkini

JANGAN BIMBANG DENGAN NILAI EMAS FIZIKAL

 


Beli emas fizikal menggunakan duit yang tak guna untuk tempoh 2-3 tahun ke atas, jangan risau tentang harga atau kejatuhan nilai emas.


Sejarah menunjukkan, emas fizikal tidak pernah jatuh nilainya menjadi kosong.


Guru emas saya berkata, ''kalau Tuhan takdirkan cuma ada 100,000 tan emas tertanam dalam perut bumi, maka jumlah itu sahaja yang wujud dan bertukar tangan antara manusia''.


Seperti kata guru saya lagi, ''fakta tentang emas fizikal yang kita perlu tahu, emas (dan perak) telah digunakan sebagai alat penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia disebabkan sifatnya yang tidak boleh dicipta, tidak binasa dan tidak boleh dibinasakan menggunakan apa cara sekalipun''.


Bak kata guru saya, ''Disebabkan faktor ini, ia adalah satu-satunya aset kewangan yang tidak sekali-kali boleh jatuh nilainya menjadi KOSONG. la dianggap duit sebenar sejak zaman-berzaman''.


EMAS KERTAS


Cuma, tuan puan perlu risau jika tuan puan membeli emas kertas seperti sijil emas atau mudah faham, beli emas tapi emas fizikalnya tidak wujud, cuma sekadar nombor atas kertas sahaja.


Kenapa perlu risau jika beli emas kertas ni ?


Jawapannya ialah, kalaulah beli emas fizikal pun ada isu penipuan samada emas palsu atau emas yang tidak berketulenan, apatah lagi jika beli emas tapi emas fizikalnya tidak wujud.


Dek kerana itu, jika tuan puan pernah membeli emas kertas, maka lebih baik tuan puan jual emas itu secepat mungkin dan segera bertukar pada emas fizikal.


Emas yang betul-betul bernilai dan tidak akan jatuh nilainya ialah emas fizikal sahaja.


Emas fizikal sahaja sifatnya yang tidak boleh dicipta, tidak binasa dan tidak boleh dibinasakan menggunakan apa cara sekalipun.


Dek kerana itu jika tuan puan membeli emas fizikal yang tulen. Jangan bimbang tentang kejatuhan nilai. 


BIMBANG DENGAN DUA PERKARA


Sepatunya tuan puan perlu bimbang dengan dua perkara ni,


1. Bimbang jika membeli emas kertas,

2. Bimbang jika simpan duit kertas banyak-banyak samada dalam akaun bank atau bawah bantal.


Jika tuan puan simpan duit kertas banyak-banyak, maka duit tuan puan akan dicuri oleh INFLASI bak singa membaham mangsa.


Kecuriannya pula tanpa kita sedari. Dalam simpanan mungkin jumlahnya sama, tapi dalam bentuk 'nilai' ? Jumlahnya sudah pun berbeza.


Sejarah membuktikan, tahun 1997 nilai ringgit pernah jatuh 50% akibat krisis ekonomi ketika itu.


Jumlah duit yang sama, tapi nilainya sudah berbeza. Nilai duit tadi sudah pun jatuh merosot.


Tuan puan perlu faham, kejatuhan nilai matawang bukan tertakluk di Malaysia sahaja, bahkan seluruh dunia.


Dek kerana itu, kalau nak buat simpanan dalam jangka panjang iaitu 2-3 tahun ke atas. Simpanlah emas fizikal.


Kalau simpanan dalam jangka pendek iaitu bawah 2 tahun, boleh simpan duit sebagai simpanan kecemasan.


Jika mahu beli emas pula, belilah emas fizikal. Bukan emas kertas. 


Jika mahu simpan emas sambil mengambil peluang keuntungan dalam tempoh 2-3 tahun, simpanlah emas goldbar atau dinar yang berketulenan 999 di tempat syarikat emas yang spreadnya bawah 10% seperti Public Gold.

Ulasan

Popular