JANGAN BELI EMAS KECIL KERANA MURAH
Tuan puan yang nak beli emas tapi bajet kecil, tuan puan jangan beli emas yang kecil bawah 0.5gram.
Contohnya, 0.1gram, 0.2gram dan seumpamanya.
Kalau tengok harga memang murah, tapi tuan puan dah buat kerugian dalam membeli emas.
Sebabnya, caj pembuatan emas tu mahal dan spreadnya tinggi.
Bila terdesak nak guna duit segera, buyback nanti tuan puan dapat jual murah je. Kalau nak pajak pula, tempat pajakan memang tak terima item emas sekecil tu.
Apatah lagi kalau tuan puan plan beli emas untuk simpanan dalam tempoh 2 atau 3 tahun.
Nak jimat beli emas, bajet murah, spread rendah. Saya sangat prefer beli melalui Akaun Emas GAP di Public Gold.
Boleh beli emas serendah Rm100 dan tiada caj gold premium selagi emas tu belum dikeluarkan.
Kalau nak jimat, kumpul gram emas sikit-sikit dalam akaun GAP kemudian keluarkan emas fizikal.
Lagi besar item emas lagi baik, kalau 5 dinar atau 20gram goldbar ke atas, spread semakin rendah, bila nak buyback nanti harga lebih tinggi, untung pun lebih besar.

Ulasan