WhatsApp Ikuti Info Terkini

JANGAN BAZIRKAN EMOSI DENGAN HARGA EMAS

 


''Jangan bazirkan emosi dengan harga emas !'' 


Inilah pesanan guru emas saya bertahun-tahun kepada penyimpan emas (Gold Saver).


Mindset Penyimpan Emas, tak pedulikan harga.


Pesan guru emas saya, ''Bila harga rendah, beli jer. Jangan tunggu harga paling rendah''


Sebab !


Kata guru saya, ''Hakikat yang kita perlu sedar, tiada siapa tahu bila sebenarnya harga paling rendah kecuali bila harga tu dah jadi sejarah''.


Lepas dah beli, tak perlu sibuk cek harga emas setiap hari, setiap jam, bahkan setiap 20 minit...


Masalah yang akan terjadi bila selalu tengok harga, emosi akan terganggu. Hati tak tenang. Duduk tak senang.


Bak kata guru saya, ''Harga naik rasa happy. Harga turun rasa susah hati. Padahal bukan nak beli lagi atau nak jual emas tu sekarang pun''


Itu namanya membazir emosi !


Nak beli semasa harga murah, emas tiada istilah harga murah.


Nak beli semasa harga rendah, tiada siapa tahu walaupun sifu tertinggi sekali pun, mereka pun tak tahu bila harga emas paling rendah.


Semua orang akan tahu harga emas paling rendah apabila ia sudah pun menjadi sejarah.


Contohnya, 


1gram hari ini ialah Rm300 lebih.

1gram 2000, sekitar Rm35.


Harga Rm35 tu kita anggap paling rendah. Padahal harga tu sudah pun menjadi sejarah.


Kalau dah plan nak beli emas, terus beli.

Soal harga ?

Abai dan peduli !

Yang penting simpanan bertambah dan tiada gangguan emosi.

Ulasan

Popular