WhatsApp Ikuti Info Terkini

INDIVIDU YANG KONSISTEN SIMPAN EMAS AKAN MENANG !

 


Saya ada jumpa 3 situasi penyimpan emas,


1. Beli sekali, kemudian tak beli-beli dah.


Penyimpan emas pertama ini biasanya tiada ilmu tentang simpanan emas. Biasanya sekadar ikut orang. 


Bila orang beli emas, dia pun mahu beli juga. Kemudian tak beli-beli dah. 


Maklumat yang dia dapat tentang emas sekadar 'beli hari ni nanti harga emas naik 10 tahun akan datang'.


Yang dia tahu cuma 'harga emas 10 tahun akan datang'. Tu je.


Jadi, dia beli 1gram kemudian tunggu 10 tahun akan datang.


2. Tunggu Harga Turun Baru Nak Beli


Situasi penyimpan emas kedua ni dia masih dipersimpangan. 


Dia masih kabur posisi sebenar sebagai penyimpan emas.


Tunggu harga turun baru nak beli adalah posisi 'Pelabur Emas'. 


Untuk menjadi Pelabur Emas, kita perlu pelajari ilmu analisis teknikal harga emas untuk tahu 'apa itu harga siling dan lantai'.


Jumlah minimum belian emas pula adalah 100gram.


Kalau sekadar mahu beli 1gram, ini bukan pelabur emas, tapi penyimpan emas.


3. Penyimpan Emas Yang Konsisten


Situasi ketiga selalu menang dengan simpanan emas.


Harga turun atau naik, dia tak peduli. 


Jika 10%-30% hasil daripada gaji atau perniagaan sudah dirancang untuk dialihkan kepada simpanan emas, pejam mata dan alihkan segera.


Dia tidak peduli tentang harga turun atau naik. 


Kata guru emas saya, ''Turun naik harga emas dalam jangka pendek hanya persoalan masa sahaja''.


Dengan simpanan yang konsisten, gram emasnya bertambah. Maka, bertambah juga kekayaannya.


Dek kerana itu situasi yang ketiga adalah situasi yang 'menang'.


Ketika orang masih takut dengan pergerakkan harga, kesudahannya simpanan tidak bertambah. Sedangkan penyimpan emas yang konsisten sudah bertambah gram emasnya.


Tidak setakat itu sahaja, dengan simpanan emasnya itu juga dia dapat menyelesaikan hutang-hutang yang negatif, tambah aset hartanah, dijadikan dana pendidikan anak dan sebagainya.


Simpanan emasnya bertambah, kekayaannya berlimpah ruah.


Tuan puan pernah beli emas? Tuan puan situasi yang mana? Cer kongsi pengalaman

Ulasan

Popular