WhatsApp Ikuti Info Terkini

EMAS JE KE DIKENAKAN ZAKAT?

Jangan mimpi nak jadi kaya kalau masih takut nak keluarkan zakat.


Mindset orang kaya ni tuan puan especially yang muslim dan soleh, dia tak takut nak bayar zakat, dia tak takut untuk bayar cukai.


Orang kaya yang saya maksudkan adalah kaya mindset dan kaya jiwa.


Saya selalu dapat feedback bila saya selalu share pasal emas, ramai orang berkata dan bertanya tentang zakat seolah-olah zakat itu satu bebanan atau merugikan.


Saya pelik juga, kenapa nak dibimbangkan dengan zakat?


Sebenarnya tuan puan dari sudut agama, siapa yang nak beli emas dia tidak diwajibkan zakat kalau dia baru beli 1gram.


Syarat untuk bayar zakat bukan sebab simpan emas, tapi sebab kita kaya.


Kalau tuan puan simpan dalam bentuk duit sekalipun dalam KWSP, SSPN, ASB, Tabung Haji, Akaun Bank. 


Semua tu pun kena zakat kalau jumlah simpanan tuan puan sudah menyamai jumlah orang yang kaya.


Berapa jumlah tersebut?


Bersamaan dengan nisab emas juga iaitu 85gram emas.


Ramai orang bila sebut tentang simpan duit dibank, ramai orang tak ingat tentang zakat. 


Tapi bila sebut simpan emas, automatik akan ingat zakat.


Jadi, jangan mimpi untuk kaya kalau tuan puan masih lagi takut tentang zakat sebab zakat hanya dikenakan atas orang kaya.


Bak kata mentor saya, "Kalau tuan puan takut atau mengelak untuk dikenakan zakat, tuan puan mengelak untuk menjadi kaya.

 

Ulasan

Popular