EMAS FIZIKAL CIPTAAN TUHAN DAN KENAPA KITA PERLU SIMPAN EMAS FIZIKAL?
Simpan emas sama seperti simpan duit. Hakikat emas itu sendiri adalah duit yang sebenar.
Emas duit sebenar yang nilainya tidak boleh dimanipulasi oleh sesiapa.
Saya yakin, ramai yang setuju walaupun bukan muslim. Emas adalah ciptaan tuhan, bukan ciptaan manusia. Cuma reka bentuk emas sahaja direka oleh manusia.
Kalau atas bumi ini hanya ada 100,000 tan emas sahaja, maka 100,000 tan sahaja yang berlegar atas muka bumi ini.
Sedangkan duit adalah ciptaan manusia. Ia boleh dimanipulasi oleh sesiapa.
Pergerakkan harga emas itu sendiri bukan kerana nilai emas yang tidak kukuh tapi ia adalah salah satu kospirasi dari barat.
Dek kerana itu adanya emas maya, saham emas, sijil emas atau emas digital yang semuanya tidak bersandarkan kepada emas fizikal.
Selagi mana emas itu bukan emas fizikal, maka ia bukan penyimpan nilai yang sebenar dan boleh dimanipulasi oleh sesiapa sahaja.
Mudah kata, emas seperti itu sama sahaja seperti duit kertas.
Kata guru emas saya, ''Situasi kewujudan 'emas maya' ni sebahagian daripada kospirasi ekonomi oleh barat supaya emas yang sepatutnya jadi pengukur nilai sebenar boleh juga dimanipulasi sebagaimana duit kertas.
Harga emas yang tak stabil ni boleh ‘menipu’ dunia bahawa emas bukanlah aset yang selamat untuk disimpan, sedangkan dalam statistik, negara-negara barat adalah penyimpan emas terbesar dunia''.
Menurut pakar sejarah mata wang Michael Maloney, ''penciptaan “wang fiat” adalah penipuan terbesar dalam sejarah manusia''.
Apabila saya faham hakikat ini, saya tidak begitu teruja dengan naik turun harga emas. Saya melihat emas adalah sebagai alat penyimpan nilai yang sebenar daripada ditipu dan dimainkan kospirasi ekonomi dari barat.
Sebab tu setiap bulan, saya akan wajibkan diri saya alihkan sebahagian pendapatan kepada simpanan emas walaupun bajet rendah.
Cukup sejarah 1997, Ringgit Malaysia sendiri pernah jatuh teruk dan menjadi krisis kewangan terburuk di Asia.
Pada zaman Jepun memerintah Tanah Melayu pun. Duit dicetak sesuka hati oleh kerajaan Jepun di Tanah Melayu hingga berlaku hiperinflasi yang menyebabkan kuasa beli duit kertas jatuh mendadak.
Oleh itu, duit kertas hanyalah sesuai dijadikan alat untuk medium transaksi jual beli sahaja. Ia tidak sesuai dijadikan simpanan dalam jangka panjang disebabkan ia tidak mampu menyimpan nilai.
Penyimpan nilai paling ampuh yang digunakan oleh manusia dalam sejarah adalah emas (dan perak) sahaja.
Simpan duit cukup untuk dana kecemasan. Boleh simpan di Tabung Haji (atau ASB). Untuk simpanan jangka panjang, simpanlah emas fizikal, bukan emas digital yang tidak bersandarkan kepada emas fizikal.




Ulasan