DUIT LEMAH : RINGGIT MAKIN MENYUSUT
Duit lemah maksudnya kuasa beli duit kertas ringgit Malaysia kita makin menyusut.
Jumlah duit yang sama, tapi nilainya sudah pun berbeza. Kita terpaksa bayar harga lebih mahal untuk dapatkan barang yang sama.
Inilah yang dinamakan 'INFLASI'.
Jadi apa patut kita buat?
Bak kata guru saya, ''Orang kebanyakan, salahkan orang lain. Salahkan kerajaan. Salahkan ekonomi dunia dan tak habis-habis mengomel "ekonomi sekarang tak okay..."
Persoalannya, masih ada yang letakkan harapan pada orang politik?
Ekonomi Sentiasa Tak Okay Ke?
Tuan puan, ada ke tahun yang semua orang setuju ekonomi okay dan semua barang keperluan murah serta rakyat hidup senang lenang?
Kata guru saya, ''Sebenarnya tak ada !''
Bertahun-tahun orang ulang ayat yang sama, "ekonomi sekarang tak okay...".
Dan kata-kata tu akan terus diulang dan berulang dari tahun ke tahun...
Salahkan keadaan, itu paling mudah. Tapi ia tak mengubah apa-apa. Bahkan membuatkan kita makin tersepit.
Ada pilihan lebih baik berbanding salahkan keadaan.
Kita tak mampu untuk mengubah sistem ekonomi negara dan dunia, tapi kita boleh mengubah sistem kewangan kita sendiri.
Apakah solusi untuk kita mengubah sistem kewangan kita?
4 Tips daripada Guru saya :-
PERTAMA, kawal perbelanjaan. Sentiasa berbelanja di bawah kemampuan.
KEDUA, teruskan menabung sebahagian pendapatan setiap bulan, walaupun kecil.
KETIGA, tabungan jangka panjang tukarkan kepada emas untuk selamatkan nilai kekayaan kita dari terus merosot.
Mengharapkan dividen ASB dan Tabung Haji sangat tak memadai bila berhadapan dengan risiko kejatuhan ringgit.
Simpanan dalam ASB atau Tabung Haji cukup dijadikan sebagai tabung kecemasan dan simpanan jangka pendek (2 tahun ke bawah).
Untuk simpanan jangka panjang (2-3 tahun ke atas), simpan emas fizikal yang betul.
Dan yang KEEMPAT, sentiasa cari jalan tingkatkan pendapatan.
Kalau pendapatan kecil, jimat macam mana sekalipun pun tak banyak membantu untuk keluar dari kesempitan kewangan.
Maka tak ada cara lain, kena cari jalan besarkan pendapatan.

Ulasan