Simpan Emas? Klik 👉🏻
Daftar Akaun Emas Anak Anda Sekarang!

Sesuai untuk ibu bapa yang mahu menabung emas :

✅ Dana pendidikan anak.

✅ Kumpul emas kemudian beli aset hartanah untuk dijadikan hadiah.

✅ Tabungan emas untuk masa depan yang selamat.

Ketahui 4 Langkah Mudah Daftar Akaun Junior (17 Tahun Ke Bawah) untuk anak anda.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Potensi Pendapatan Dealer Public Gold

Ramai yang bermula dengan simpanan emas akhirnya menjana pendapatan RM5,000-RM10,000 sebulan sebagai Dealer Public Gold.

Ketahui bagaimana dealer boleh jana pendapatan pasif sambil menabung emas.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Tips Emas Praktikal-Klik Sini 10

ZAKAT UNTUK EMAS YANG DISIMPAN

 


2 kategori zakat emas :-

Pertama : الحلي iaitu emas perhiasan wanita,
Kedua : غير الحلي iaitu emas bukan perhiasan.

Saya nak share tentang zakat emas غير الحلي.

Zakat emas 'bukan perhiasan' ialah emas yang dimiliki untuk disimpan.

Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram dan cukup haul (setahun | 360 hari)

Jadi, poin syarat wajib zakat EMAS untuk disimpan ialah dua, iaitu

1. 85 gram dan ke atas.
2. Cukup haul setahun (360 hari)

Selagi mana tak menepati dua syarat wajib ini maka tidak dikenakan zakat.

Saya berikan contoh 3 situasi :-


Situasi 1:

Zaid membeli 50 gram EMAS. Genap setahun, kena zakat tak?

Jawapan: Tidak, kerana kurang dari 85 gram.

Situasi 2:

Umar beli 100 gram EMAS. Kurang dari setahun, harga EMAS naik tinggi. Dia jualkan. Kena zakat tak?

Jawapan: Tidak, kerana kurang dari setahun.

Situasi 3:

Ahmad beli 1,000 gram EMAS dan cukup setahun, kena zakat tak?

Jawapan: Wajib bayar zakat kerana menepati kedua-dua syarat wajib. 


Wallahu'alam

Ulasan

Popular