Simpan Emas? Klik 👉🏻
Daftar Akaun Emas Anak Anda Sekarang!

Sesuai untuk ibu bapa yang mahu menabung emas :

✅ Dana pendidikan anak.

✅ Kumpul emas kemudian beli aset hartanah untuk dijadikan hadiah.

✅ Tabungan emas untuk masa depan yang selamat.

Ketahui 4 Langkah Mudah Daftar Akaun Junior (17 Tahun Ke Bawah) untuk anak anda.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Potensi Pendapatan Dealer Public Gold

Ramai yang bermula dengan simpanan emas akhirnya menjana pendapatan RM5,000-RM10,000 sebulan sebagai Dealer Public Gold.

Ketahui bagaimana dealer boleh jana pendapatan pasif sambil menabung emas.

Popup akan ditutup dalam 20 saat
Tips Emas Praktikal-Klik Sini 10

SAYA TAK PEDULI DENGAN HARGA EMAS



Saya simpan emas, saya tak peduli dengan turun naik harga emas.

Matlamat asal saya simpan emas adalah 'tukar nilai wang kertas kepada nilai emas'.

Turun naik harga emas hanyalah persoalan masa sahaja.

Untuk tempoh jangka panjang (2-3 tahun ke atas), saya yakin harga emas akan menaik kerana salah satu faktornya ialah nilai duit yang menurun akibat INFLASI.

Nilai emas terletak pada emas itu sendiri, tiada siapa yang boleh manipulasi emas.

Kata guru emas saya, ''Kalau tuhan takrdirkan cuma ada 100 ribu tan emas tertanam dalam perut bumi, maka jumlah itu sahaja yang wujud dan bertukar tangan antara manusia''.

Emas yang boleh dimanipulasi ialah selain emas fizikal seperti sijil emas, saham emas, emas maya atau emas digital yang tiada sandaran pada emas fizikal.

Matlamat asal saya simpan emas adalah tukarkan nilai duit kertas kepada emas. 

Jika harga emas naik, saya boleh ambil peluang keuntungan daripada kenaikan harga emas.

Contohnya, 

5 dinar saya pada 27 Julai 2021 adalah Rm5,644.00.




Hari ini (24 Mei 2023), kalau saya jual semula di Public Gold, harganya ialah Rm6,108.00.




Maksudnya, kalau saya simpan emas, saya dapat 'bonus' Rm464 melalui kenaikan harga emas.

Kalau saya simpan duit pada 27 Julai 2021 adalah Rm5,644.00. 

Hari ini sudah tentu jumlahnya Rm5,644 juga. 

Itu tidak ditolak kejatuhan nilai (inflasi) lagi.

Ulasan

Popular