MELABUR EMAS VS MENABUNG EMAS
Jika mahu melabur emas, kata guru emas saya. Pelabur emas perlu belajar ilmu 'Analisis Teknikal Harga Emas' untuk kenal pasti apa itu harga paras siling dan lantai.
Jumlah gram yang sesuai untuk melabur emas pula adalah 100gram. Tapi, kalau tak mampu dan nak cuba untuk langkah pertama, boleh bermula dengan 10gram sambil-sambil belajar ilmu analisis tadi.
Jika tuan puan mahu melabur emas tapi pendapatan tuan puan rendah pada masa yang sama tuan puan ada masalah kewangan seperti tiada simpanan atau tiap kali nak buat simpanan tapi selalu bocor kerana boros berbelanja.
Solusinya ialah tuan puan perlu menabung emas walaupun dengan jumlah 1gram atau lebih rendah lagi, suku gram.
Menabung emas dapat menyelesaikan masalah kewangan yang paling asas iaitu tabung simpanan yang kukuh dan tidak bocor.
Sedangkan melabur emas atau apa-apa jenis pelaburan sekali pun kecuali ilmu, tidak dapat menyelesaikan masalah kewangan yang paling asas ini.

Ulasan