WhatsApp Ikuti Info Terkini

FOKUS DIDIK MASYARAKAT MENABUNG EMAS ATAU MELABUR EMAS


Saya secara peribadi, fokus saya mendidik masyarakat tentang emas adalah untuk dijadikan simpanan, bukan pelaburan.

Kenapa ?

Berkata guru emas saya, ''melabur emas tidak menyelesaikan masalah kewangan. Tapi kalau menabung emas, insyaa allah menjadi salah satu solusi menyelesaikan masalah asas dalam kewangan''

APA BEZA MELABUR DAN MENABUNG EMAS ?


Secara ringkasnya, 

Melabur emas dikategorikan sebagai 'Gold Investor' iaitu 'beli harga rendah, jual ketika harga tinggi'. Fokus Gold Investor pada jumlah RM, bukan pertambahan gram.

Menabung emas pula dikategorikan sebagai 'Gold Saver' iaitu simpan emas untuk pertambahan gram. 

Mindset Gold Saver tak peduli dengan pergerakkan harga. Harga rendah atau tinggi, mereka tetap konsisten menambah gram emas. Seiring dengan bertambahnya gram, bertambah juga RM.

FOKUS SAYA MENDIDIK PENABUNG EMAS


Saya tidak gemar fokus ajar orang simpan emas untuk tunggu harga rendah baru simpan emas.

Saya lebih gemar ajar orang simpan emas sebagai 'simpanan paksa dan rutin'.

Contohnya, jika 10-30% daripada gaji atau hasil daripada perniagaan sudah dirancang untuk dialihkan kepada simpanan emas, maka pejam mata dan alihkan segera tanpa banyak fikir.

Sebab, risiko lebih besar jika simpan emas untuk tunggu harga rendah ada dua,
1. Emosi selalu terganggu dengan pergerakkan harga emas (buang masa dan bazir emosi saja),
2. Duit habis dulu sebelum menyimpan, akhir sekali tidak menyimpan.

Bila tidak menyimpan, bermakna simpanan tidak bertambah. Maka semakin lambat untuk perluaskan pendapatan dan kembangkan kekayaan.

Fokus saya, ajar orang simpan emas sebagai simpanan paksa dan rutin. 

PERSOALAN : BAGAIMANA PULA JIKA HARGA EMAS TURUN ?


Jika harga emas turun adalah peluang untuk tambahkan lagi gram emas supaya lebih cepat simpanan bertambah, lebih cepat untuk kembangkan kekayaan. Insyaa allah

Jika 10-30% sudah dialihkan kepada simpanan emas dan tiba-tiba harga emas turun tapi tiada bajet untuk tambahkan lagi simpanan emas, 

Nasihat saya, Jangan tambah simpanan emas !

Tidak perlu gopoh untuk menambah gram emas jika tiada bajet tambahan. Emosi yang gopoh selalu lebih cepat terjunam.

Cepat jatuh miskin !
Cepat menyesal !

Yang penting, kalau 10-30% sudah dialihkan kepada simpanan emas itupun sudah cukup.

Harga emas turun cuma 'peluang & bonus' tambahkan gram emas sahaja, bukan matlamat sebenar dalam menyimpan emas.

Matlamat yang sebenar dan paling penting dalam menyimpan emas adalah 10-30% adalah simpanan paksa dan rutin, bukan ketika harga turun.
 

Ulasan

Popular