3 CARA SAYA MENABUNG EMAS
Saya menyimpan emas 10% daripada pendapatan. Dan terkadang 20% - 30%.
Tempat saya beli emas pula di Public Gold melalui Akaun Emas GAP kerana Akaun Emas GAP sangat fleksibel.
Kita boleh beli dan simpan emas serendah Rm100 dan ke atas. Kita boleh beli 24 jam/7hari dan harga emas di Public Gold pula mengikut pergerakkan harga emas dunia.
Contohnya, saya beli emas pukul 11.59 malam, kemudian tiba-tiba harga emas dunia naik melonjak pukul 12 pagi.
Jadi, emas yang saya beli dalam akaun adalah pukul 11.59malam walaupun harga emas melonjak tinggi pada pukul 12 pagi.
Bonus bagi saya beli emas ketika harga rendah walaupun awal seminit.
Akaun emas GAP ni kita boleh keluarkan emas fizikal seperti gold bar atau dinar tanpa banyak cerewet. Semuanya transaksi online sahaja.
Kalau saya keluarkan emas bawah 5 dinar atau 50 gram goldbar, saya cuma perlu tunggu di rumah je. Public Gold akan poskan secara berinsuran sampai ke rumah kita.
Sangat fleksibel dan mudah.
Saya tak perlu pergi ke cawangan Public Gold dan beratur untuk ambil emas saya. Lebih jimat masa, tenaga dan duit untuk pergi ke cawangan.
___
Baca juga : Apa itu Akaun Emas GAP
3 CARA SAYA MENABUNG EMAS DI PUBLIC GOLD :-
1. 10% daripada gaji, saya dah tetapkan untuk dialihkan kepada simpanan emas. Di Public Gold boleh buat auto debit, jadi auto debit ni akan auto tarik daripada akaun bank saya dan dialihkan kepada simpanan emas.
Menariknya buat auto debit atas Rm200 ni, setiap bulan Public Gold akan pilih 10 orang untuk dapat hadiah 10gram goldbar dan hadiah yang lain melalui kempen cabutan bertuah.
2. Kalau ada bonus, saya akan topup lagi gram emas saya. Saya tak peduli harga emas tinggi atau rendah, yang saya tahu, sebelum duit saya habis dibelanjakan pada bukan keperluan, lebih baik saya alihkan pada simpanan emas dengan segera.
3. Saya ada pajak emas untuk labur pada perniagaan yang lebih menguntungkan.
Labur pada perniagaan ini bukan saya yang jalankan perniagaan, tapi saya cari kawan-kawan yang ada perniagaan yang kukuh beserta dengan data, kemudian saya labur pada dia.
Untung bersih daripada perniagaan selepas tolak kos upah simpan ar-Rahnu, saya topup lagi simpanan emas saya dalam akaun emas GAP.
Sangat fleksibel dan memudahkan saya untuk menabung emas.

Ulasan