2 Jenis Penyimpan Emas Yang Bermatlamat
Dua jenis penyimpan emas yang bermatlamat,
1. Simpanan Konsisten
2. Harga Emas Turun
Dibawah ini saya bawakan contoh kisah Pak Ali sebagai Penyimpan Emas (Gold Saver) yang bermatlamat dalam menabung emas.
#1. SIMPANAN KONSISTEN
Penyimpan emas yang bermatlamat adalah penyimpan emas yang mempunyai "target" dalam simpanannya.
Sebagai contoh,
Pak Ali mempunyai matlamat untuk beli rumah pertama dalam tempoh 4 tahun lagi.
Jadi, apa yang perlu dilakukan oleh Pak Ali ?
Mengikut perkiraan daripada pakar-pakar emas, kita perlu adakan simpanan emas paling kurang 96 gram untuk dijadikan deposit beli rumah dalam tempoh 4 tahun.
Oleh itu, di atas cadangan dan nasihat itu, Pak Ali meletakkan "target" 2gram 1bulan untuk dapatkan 96 gram dalam tempoh 4 tahun.
Maknanya, Pak Ali perlu membuat simpanan paksa yang dilupakan secara konsisten setiap bulan paling kurang 2gram 1bulan dalam tempoh 4 tahun untuk mencukupkan 96gram emas.
2 gram (1 bulan) × 4 tahun (48 bulan) = 96gram
#2. HARGA EMAS TURUN
Dalam tempoh 48 bulan itu, ada beberapa kali harga emas turun. Dek kerana harga emas turun menjadikan "peluang" kepada Pak Ali untuk menambahkan lagi gram emas.
Mudah kata, harga emas turun adalah "peluang untuk membeli aset yang bernilai tinggi dengan harga diskaun (murah/rendah)''.
PLAN ASAL
Pada awalnya Pak Ali perlu target 96gram dalam tempoh 48 bulan (4 tahun), oleh kerana 'harga emas turun berkali-kali' dalam tempoh 48 bulan tersebut menjadikan target Pak Ali lebih cepat.
Sepatutnya 96gram adalah 48 bulan (4 tahun) menjadi singkat kepada 36 bulan (3 tahun).
Maksudnya target simpanan emas Pak Ali lebih singkat dan cepat.
NOTA : DAH SIMPAN EMAS TAPI TIBA-TIBA HARGA EMAS TURUN
Jika harga emas turun adalah peluang untuk tambahkan lagi gram emas supaya lebih cepat simpanan bertambah, lebih cepat untuk kembangkan kekayaan. Insyaa allah.
Tapi, kalau 10-30% sudah dialihkan kepada simpanan emas dan tiba-tiba harga emas turun dan tiada bajet untuk tambahkan lagi simpanan emas,
Nasihat saya : Jangan tambah simpanan emas !
Tidak perlu gopoh untuk menambah gram emas jika tiada bajet tambahan. Emosi yang gopoh selalu lebih cepat terjunam.
Cepat jatuh miskin !
Cepat menyesal !
Yang penting, kalau 10-30% daripada gaji/pendapatan sudah dialihkan kepada simpanan emas itupun sudah cukup.
HARGA EMAS TURUN CUMA BONUS
Harga emas turun cuma 'peluang & bonus' tambahkan gram emas sahaja, bukan matlamat sebenar dalam menyimpan emas.
Matlamat yang sebenar dan paling penting dalam menyimpan emas adalah 10-30% adalah simpanan paksa dan rutin, bukan ketika harga turun.
BAGAIMANA MAHU CAPAI TARGET JUMLAH YANG BESAR KALAU TIDAK MAMPU (PENDAPATAN RENDAH) ?
Dua cara mengatasi pertanyaan ini,
1) Tambah Pendapatan,
Cari peluang pendapatan lain sebagai pendapatan sampingan samada berniaga sambilan melalui online atau buat kerja ambil upah seperti mesin rumput, rider dan seumpamanya.
2) Tetap Konsisten,
Jika pendapatan rendah tapi tetap konsisten walaupun dengan jumlah yang kecil (seperti suku atau setengah gram), itu lebih baik.
Kerana, sikit tapi konsisten itu lebih baik daripada langsung tidak bertindak.
Jika sikit tapi konsisten, tetap ada juga hasilnya berbanding jika tidak bertindak langsung.
Belian konsisten seperti suku atau setengah gram itu nampaknya sikit, tapi jika dibuat secara konsisten ?
Bertambah dan banyak juga kan?
Bak pepatah berbunyi,
"Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit".
Sifat manusia itu kebiasaanya tamak. Dari sudut psikologi, apabila jumlah dilihat dengan sedikit, emosinya sedih.
Tapi, kalau dia lupakan dan tetap konsisten, yang sedikit akan berbukit.
Dek kerana itu, jadikan simpanan emas sebagai forgotten saving (simpanan yang dilupakan) supaya minda tidak terganggu oleh emosi.




Ulasan