WhatsApp Ikuti Info Terkini

JANGAN BELI EMAS GOLDAR 1 GRAM KE BAWAH

 

Di pasaran, banyak jual emas gold bar 1gram dan ke bawah. 


Contohnya, goldbar 0.5gram, 0.25gram atau 0.1gram.

___

Sinopsis & Harga Buku Wang Emas : Buku Wang Emas

___

Jangan beli emas goldbar 1gram ke bawah kalau tuan puan merancang beli emas untuk simpanan minimum 2 atau 3 tahun.


Atau beli emas untuk pelaburan yang lebih menguntungkan dalam tempoh 2-3 tahun.


Jika beli emas goldbar 1gram ke bawah, tuan puan akan buat banyak kerugian, sebabnya ialah spreadnya tinggi dan harga pergramnya mahal.


Emas goldbar 1gram ke bawah tak sesuai untuk pelaburan dan simpanan kalau mahu keuntungan untuk tempoh 2-3 tahun. 



Saya buat perkiraan contoh :-


0.1 gram dijual pada harga RM60,

0.25 gram dijual sekitar RM120,

0.5 gram dijual sekitar RM175,

1 gram dijual sekitar RM360.


Kalau tengok senarai harga macam murah dan mampu milik. Tapi kalau tuan puan nak tahu, ini kesilapan orang ramai beli emas. 


CONTOH GOLDBAR 0.1GRAM


Kalau harga 0.1 gram = RM60.

Untuk 1gram ialah RM600. 

Iaitu harga Rm60 (0.1 gram) x 10 = Rm600.


Maksudnya, kita beli emas 1gram pada harga RM600 sedangkan harga semasa 1gram sekitar RM311 (13 Mei 2023).


CONTOH GOLDBAR 0.25GRAM


Kalau beli emas 0.25gram pada harga Rm120.

Untuk 1gram ialah RM600. 

Iaitu RM120 x 4 = RM600.


Kita dah habiskan separuh duit kita untuk dapatkan emas 1gram. Pahahal, kalau Rm600 tu kita cuma tambahkan beberapa ringgit lagi untuk cukupkan 2gram.


TAK BELI RUGI PULA, KALAU BELI LAGILAH BERTAMBAH RUGI


Kalau tak beli emas sekarang nanti rugi pula di masa akan datang. Sebab harga emas semakin tahun semakin menaik.


Tapi, kalau beli item atau jenis emas yang salah dan tanpa ilmu. Lagilah bertambah rugi.


Kalau tuan puan tersalah beli emas pun dah rugi, apatah lagi kalau nak jual semula nanti (buyback). 


Rugi semasa Beli + Rugi semasa Jual = Berganda Ruginya.


Dek kerana itu sebelum beli emas, ambil tahu dulu harga pergram, caj Gold Premium dan Spread Value.


Kalau nak beli emas tapi bajet rendah atau nak beli sikit-sikit, saya lebih prefer beli melalui Akaun Emas GAP di Public Gold.


Beli dengan harga semasa, harga pergram murah, spread rendah dan tiada caj Gold Premium semasa belian.


Caj Gold Premium akan dikira semasa mahu keluarkan fizikal sahaja. Untuk jimatkan kos Gold Premium dan dapatkan spread lebih rendah, boleh kumpul sikit-sikit dalam akaun dan keluarkan fizikal yang besar.


Ilmu emas ni sangat mahal. Ramai yang tak sedar dan beli emas tanpa ilmu. 


Ada banyak lagi kesilapan yang dikongsikan team dealer-dealer saya dibawah bimbingan mereka yang buat banyak kerugian beli dan labur emas.

Ulasan

Popular