WhatsApp Ikuti Info Terkini

Beli Emas Melalui Akaun Emas : Apa Yang Anda Perlu Tahu?


Sebelum tuan puan nak beli emas melalui akaun emas seperti yang ditawarkan beberapa syarikat emas, tuan puan perlu semak dan ambil tahu 8 perkara ini,

1. Akaun Emas yang bersandarkan emas fizikal


Pastikan akaun emas tersebut adalah akaun emas yang bersandarkan pada emas fizikal. Kalau emas fizikal pun boleh ditipu palsu apatah lagi jika akaun emas yang tidak bersandar pada emas fizikal.

Dari sudut hukum pula, jika akaun emas yang tidak bersandarkan emas fizikal adalah 'Tidak Patuh Syariah'.

Tuan puan boleh semak parameter pelaburan emas di google.

Sebagai muslim, halal haram adalah isu yang sangat penting untuk diambil cakna agar harta tersebut berkat.

2. Ada caj simpanan atau tidak


Sesetengah syarikat emas yang menawarkan beli dan simpan emas melalui akaun terkadang ada caj setiap simpanan emasnya.

Ada sesetengah syarikat pula tiada caj simpanan, percuma sahaja.

Dan setengah syarikat pula ada caj lain selain daripada simpanan seperti setiap transaksi di akaun tersebut akan di caj dengan jumlah tertentu.

Untuk jimatkan kos beli dan simpan emas, pilih syarikat yang tiada caj simpanan atau caj tambahan yang lain seperti caj transaksi.

3. Spread Value rendah


Saranan guru emas saya, beli emas ditempat yang spread valuenya bawah 10% untuk menikmati keuntungan yang lebih cepat iaitu 2 atau 3 tahun ke atas.

Kerana, berkata pakar kewangan #1 Malaysia, sejarah harga emas menaik dalam 20 tahun ke belakang secara puratanya ialah sekitar 8-10% setahun.

Formula perkiraan spread boleh rujuk melalui video ini : 

Jika ada syarikat yang menawarkan belian emas tapi tiada spread value, saya agak ragu samada emas fizikalnya wujud atau sekadar nombor dalam akaun sahaja, kerana spread value adalah salah satu keuntungan yang diambil oleh syarikat yang menjual emas fizikal.

4. Harga per gram murah


Bandingkan harga per gram di setiap syarikat emas melalui website mereka.

5. Ambil kira kos Gold Premium 


Walaupun harga per gram di syarikat tersebut murah, tuan puan perlu ambil kira pula kos Gold Premium.

Gold Premium adalah caj 𝗽𝗿𝗲𝗺𝗶𝘂𝗺 untuk kos menguruskan emas bagi pihak pelanggan dari mula order sampai pelanggan terima emasnya. 

Caj tu dikira atas 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗸𝗲𝗽𝗶𝗻𝗴 item emas.

Ada setengah syarikat harga per gramnya murah, tapi caj Gold Premium bila nak keluarkan emas tu akan jadi mahal.

Dek kerana itu selepas semak harga per gram di website, semak pula caj Gold Premium.

6. Tidak cerewet untuk proses pengeluaran 


Sesetengah syarikat agak cerewet untuk proses pengeluaran. Ada syarat tertentu seperti perlu cukupkan 10 gram baru boleh keluarkan.

Untuk pengeluaran gram emas fizikal yang sesuai melaui akaun emas adalah 1gram gold bar. Kalau bawah 0.5 gram tak sesuai juga. Nanti bila nak pajak tak boleh pula. 

Kalau 1gram gold bar sangat sesuai. Gold collector pun biasanya pilih 1gram gold bar.

7. Nak jual semula (buyback) mudah dan tidak cerewet


Sila semak potensi syarikat tersebut bila nak jual balik (buyback) nanti.

Ada sesetengah syarikat agak cerewet untuk beli semula (buyback) emas mereka. Contohnya, mereka tidak beli semula kalau emas tersebut kemek atau calar.

Atau mereka tidak beli semula jika dalam jumlah yang besar.

Tip penting untuk jual emas adalah, pesan guru emas saya, tempat terbaik untuk kita jual semula emas kita adalah di tempat kita beli emas tersebut.

Jika syarikat tersebut tidak terima belian emasnya dalam jumlah yang besar, kita akan rugi.

Kerana, bila jual di tempat lain, harga akan lebih murah, keuntungan pun rendah.

8. Postage (jika ada)


Jika syarikat menawarkan postage, pastikan postage yang berinsuran. Kalau tiada insuran, bimbang terjadi apa-apa pada emas semasa dalam penghantaran seperti hilang, kita yang rugi dan akan menyesal.

Emasnya hilang, duit pula terbang.

Ulasan

Popular