3 CARA SAYA BUAT UNTUNG DENGAN SIMPANAN EMAS
Cara ketiga adalah buat 'untung atas angin' dengan simpanan emas.
1. Simpan emas sambil mendidik masyarakat tentang simpanan emas melalui platform yang menggalakkan masyarakat menabung emas walaupun pendapatan rendah atau masih bergelar pelajar.
Boleh beli dan simpan emas serendah Rm100 melalui platform Akaun Emas GAP di Public Gold.
Penyimpan emas tak perlu bayar lebih walaupun 1sen untuk beli dan simpan emas melalui saya kerana Public Gold dah tetapkan insentif (komisen) untuk saya.
Bak kata guru emas saya, “Penyimpan emas hanya untung bila harga emas naik tapi dealer Public Gold boleh dapat keuntungan dalam semua keadaan harga emas samada harga naik ataupun turun.”
- Tuan Zulkifli (mentor emas)
Mudah kata, harga emas turun atau naik, sebagai saudagar emas di Public Gold tetap dapat untung hasil daripada simpanan emas sendiri atau orang lain yang berdaftar dibawah kita.
2. Harga emas melonjak
Ketika harga emas melonjak, saya boleh ambil peluang keuntungan melalui kenaikan harga emas.
Selalunya saya tak jual emas saya ketika harga emas melonjak, tapi saya akan ambil keuntungan daripada emas ketika saya dapat capai matlamat dalam simpanan emas.
Contohnya, dapat beli aset seperti tanah atau rumah yang boleh dijadikan mesin ATM.
3. Pajak emas untuk labur bisnes yang lebih menguntungkan.
Teknik ini untungnya kecil, tapi boleh dapat 'untung atas angin' tanpa saya jalankan perniagaan ini, iaitu
a) Saya cari kawan yang jalankan perniagaan dengan rancak dan kukuh beserta dengan data perniagaannya.
b) Saya pajak beberapa gram emas saya mengikut modal yang saya mahu labur pada perniagaannya.
c) Buat persetujuan untuk dapatkan semula modal + untung maximum 3-4 bulan sahaja. Kalau lebih daripada tempoh 3-4 bulan, saya cari kenalan lain. Kalau lebih awal, lagi baik.
d) Lepas dapat untung, saya tebus emas di tempat pajakan.
![]() |
| Ini antara contoh cara yang ketiga saya buat. Bulan puasa lepas, saya pajak emas saya dan labur pada kawan saya yang jalankan perniagaan baju raya bulan bintang. Raya saya ambil untung atas angin. |
e) Untung bersih lepas tolak kos pajakan (upah simpan), saya selesaikan hutang-hutang kecil dan tambah lagi simpanan emas.
f) Kemudian ulang semula langkah (a) sehingga hutang-hutang kecil selesai, simpanan emas saya bertambah dan dapat peluang untuk beli aset yang lebih menguntungkan seperti hartanah.


Ulasan