WhatsApp Ikuti Info Terkini

1GRAM GOLD BAR ATAU 1 DINAR ? MANA YANG LEBIH BAIK UNTUK BELI SETIAP BULAN ?

 


Jawapan ringkasnya, jika bajet besar, sudah tentu 1dinar lebih baik. Tapi kalau bajet kecil, 1gram pilihan yang terbaik.

Cuma !

Sebelum saya kongsi untuk penerangan lebih lanjut. 

Jika bajet kecil dan mampu beli 1gram sahaja, kaedah yang terbaik untuk beli emas adalah di syarikat yang menawarkan akaun emas yang bersandarkan pada emas fizikal seperti Public Gold.

Kenapa Akaun Emas ?


Sebab utamanya ialah, kalau tuan puan beli emas 1gram gold bar, tuan puan membeli 1gram yang sudah diproses menjadi sebentuk 1gram gold bar.

Jadi kos dan caj 1gram gold bar adalah mahal.

Jika tuan puan beli 1gram melalui akaun emas GAP di Public Gold, tuan puan membeli emas yang belum diproses dan tiada caj pembuatan gold bar selagi mana tuan puan tidak keluarkan emas fizikal tersebut.

Dek kerana itu kaedah terbaik untuk beli 1gram setiap bulan adalah melalui Akaun Emas GAP. 

Tuan puan boleh beli dan kumpul 1gram setiap bulan tanpa sebarang caj/kos melalui Akaun Emas GAP, kemudian nanti tuan puan boleh keluarkan emas fizikal yang berbentuk lebih besar.

Contohnya, kumpul gram emas setiap bulan sehingga 6 gram, nanti tuan puan boleh keluarkan 5gram gold bar atau 1 dinar (4.25gram).

Lebih murah dan jimat kos.

PENGELUARAN EMAS MELALUI AKAUN EMAS GAP


Bagi pengeluaran pula, berapa gram yang sesuai? 

Jawapan ini perlu lihat pada minat individu dulu.

Jika tuan puan adalah 'Gold Collector' iaitu peminat kumpul design kad seperti yang ditawarkan oleh Public Gold, fokus tuan puan akan tertumpu pada design tersebut.

Bagi 'Gold Collector', jumlah gram tak penting, berapa gram pun tak pe. Yang penting design yang dia minat mesti kena beli dan kumpul.

Tapi, jika tuan puan adalah 'Gold Saver', tuan puan tak peduli pun design tu. Selagi boleh dapat kos Gold Premium yang murah dan spread value yang paling rendah, yang tu tuan puan akan pilih.

PENGELUARAN FIZIKAL YANG SESUAI


Untuk pengeluaran fizikal yang sesuai adalah 1dinar berbanding 1gram gold bar.

Spread value 1gram gold bar agak tinggi dan Gold Premiumnya pula agak mahal berbanding 1dinar kerana proses pembuatan 1gram gold bar agak cerewet. 

Kelebihan 1 dinar pula lebih dilihat pada 'investment value', mudah di pajak, Gold Premium murah, spread valuenya pula rendah.

Jika posisi tuan puan sebagai 'Gold Saver' (Penyimpan Emas), tuan puan boleh merancang untuk keluarkan 1dinar.

Ulasan

Popular