TIP RINGKAS DAN LANGKAH MUDAH UNTUK SELESAIKAN HUTANG DENGAN SIMPANAN EMAS
Tuan puan boleh ikuti tip ringkas dan langkah mudah ini untuk selesaikan hutang dengan simpanan emas :-
1. Konsisten buat simpanan emas 1gram setiap bulan.
Tip pertama : Beli emas di syarikat emas yang menawarkan Akaun Emas fizikal seperti syarikat emas Public Gold. Bukan emas digital (yang emas fizikalnya tidak wujud, tapi sekadar nombor dalam akaun sahaja : ini bahaya dan berisiko duit anda hangus)
Tip kedua : Jika anda beli 1gram emas berbentuk goldbar, anda perlu mengeluarkan kos yang banyak dan mahal kerana emas 1gram goldbar adalah emas yang sudah diproses dan saiznya terlalu kecil.
Sifirnya ialah, 'semakin kecil emas itu, semakin cerewet proses pembuatannya, semakin mahal harganya'.
1gram goldbar mahal kerana bentuknya bersaiz kecil, proses pembuatannya cerewet dan harganya memang agak mahal.
Jika anda membeli 1gram melalui akaun emas seperti di syarikat emas Public Gold, anda membeli emas yang belum diproses.
Jadi, anda boleh kumpul 1gram setiap bulan dalam akaun emas, nanti boleh keluarkan goldbar yang besar.
Segala kosnya menjadi murah dan duit anda untuk beli emas setiap bulan pun lebih jimat.
Akaun emas di Public Gold anda boleh buat auto debit terus, tak perlu fikir buat belian setiap bulan. Auto debit akan auto masuk dalam akaun emas anda mengikut tarikh yang anda tetapkan sendiri.
2. Sambil simpan emas, sambil bayar hutang.
Tip : Langkah ini boleh guna teknik snowball iaitu 'tutup hutang kecil dahulu'.
3. Bila hutang kecil dah settle, jangan tambah hutang baru !
Tip : Apabila hutang paling kecil langsai, maksudnya kita telah pun ada lebihan duit, contohnya RM350. Jadi gunakan lebihan RM350 itu untuk langsaikan hutang paling kecil yang seterusnya. Kalau ansuran hutang yang seterusnya itu RM200 sebulan, maka bayar RM550 (RM200+ RM350) setiap bulan.
4. Emas yang disimpan setiap bulan tadi, boleh kumpul sebanyak mungkin. Kemudian boleh jual emas itu nanti dan selesaikan hutang-hutang yang besar.
Tip : Diantara fungsi emas adalah harga kian tahun kian menaik, jadi kita boleh selesaikan hutang yang besar dengan lebih cepat melalui keuntungan daripada kenaikan harga emas tadi insyaa allah.
Tuan puan boleh tonton testimoni penyimpan emas di channel youtube saya. Kisah Puan Siti Ashinida dapat 'selesaikan hutang peribadi hasil daripada simpanan emas'.
___
Testimoni Selesaikan Hutang Peribadi Dengan Simpanan Emas :-

Ulasan