MINDSET BELIAN EMAS YANG DIBAWA OLEH TUAN MOHD ZULKIFLI
Saya suka pendekatan tentang emas yang dibawa oleh founder syarikat emas Public Gold dan ilmu yang diajar guru emas saya, Tuan Mohd Zulkifli.
Beli emas, bukan fokus untung, untung, untung sahaja. Tidak !
Tapi beli emas untuk kukuhkan kewangan seperti selesaikan hutang-hutang negatif & rawat masalah boros berbelanja serta kembangkan pendapatan samada melalui perniagaan emas atau aset hartanah untuk dijadikan sewaan.
Saya secara peribadi mengikut pengalaman saya sendiri, fokus saya beli emas pada 3 perkara,
1. Kalis Boros
Saya sendiri dulu nak buat simpanan Rm10,000 dalam tempoh 2 tahun, tapi tak pernah capai. Bila simpan emas, alhamdulillah tak sampai 2 tahun, kalau simpanan emas saya ditukarkan kepada ringgit, tak sangka rupanya dah lebih Rm10,000.
2. Kalis Inflasi
Berkata pakar kewangan #1 Malaysia, Tuan Azizi Ali, ''Inflasi bak singa membaham mangsa''
Sejarah 1997, Ringgit Malaysia (RM) pernah jatuh sehingga 50% semasa negara dilanda krisis ekonomi. Walaupun jumlah duit yang sama, tapi nilainya sudah berbeza.
3. Matlamat dalam Simpanan Emas
Matlamat simpanan emas saya fokus pada 3,
Ⅰ. Pajak emas untuk laburkan pada perniagaan yang lebih menguntungkan.
Labur pada perniagaan ini bukan saya yang jalankan perniagaan, tapi saya cari kawan-kawan yang ada perniagaan yang kukuh beserta dengan data, kemudian saya labur pada dia.
Contohnya, saya labur pada kawan saya yang buat bisnes baju raya bulan bintang pada musim puasa. Raya nanti, saya ambil untung.
Ⅱ. Beli tanah untuk buat homestay, chalet atau rumah sewaan.
Ⅲ. Selesaikan segala hutang-hutang.

Ulasan