WhatsApp Ikuti Info Terkini

KENAPA ORANG KAYA PERLU SIMPAN EMAS ?

 

Empat alasan dan faktor penting kenapa tuan puan yang jutawan perlu simpan emas.

1. Insuran kekayaan daripada menjadi mangsa INFLASI
2. Penyelamat ketika bankrap
3. Bertahan ketika gawat
4. Ambil peluang keuntungan ketika harga melonjak tinggi

PERTAMA : INSURAN KEKAYAAN DARIPADA MENJADI MANGSA INFLASI

Kalau kita toleh ke belakang, ringgit pernah jatuh sehingga 50% semasa negara dilanda krisis ekonomi pada tahun 1997.


Kata guru emas saya, ''Emas boleh dikelaskan sebagai SIMPANAN, bukan PELABURAN dalam erti kata sebenar. la tidak membuatkan kekayaan kita BERKEMBANG. Fungsi utamanya ialah melindungi kekayaan kita daripada hilang kesan daripada ketidaktentuan ekonomi dan politik (dan juga gangguan emosi)''.

KEDUA : PENYELAMAT KETIKA BANKRAP

Ini kisah yang diceritakan guru emas saya. Seorang pembeli emas yang baru saja diistiharkan bankrap oleh mahkamah.

Katanya, habis semua aset tunainya yang lain telah dibekukan oleh Insolvensi termasuk saham, amanah saham, akaun bank, Tabung Haji dan KWSP.

Berkata pakar sejarah mata wang iaitu Michael Maloney. Katanya, ''emas (dan perak) satu-satunya aset kewangan yang tidak berada dalam sistem kewangan''.

Pendek kata tiada siapa yang tahu berapa banyak kekayaan yang kita ada kalau simpan dalam bentuk emas, kecuali kita sendiri yang beritahu.

Demikian juga bagi seseorang yang disahkan bankrap, hartanya dalam bentuk emas itu tidak boleh dibekukan oleh kerajaan kerana emas tidak terikat dengan sesiapa.

Kata guru emas saya, ''Emas berfungsi sebagai pelindung kekayaan. Emas adalah 'tali hayat' terakhir bukan sahaja apabila keruntuhan sistem kewangan dunia, tetapi juga boleh dijadikan tali hayat jika berlaku keruntuhan kewangan peribadi seperti ini''.

KETIGA : BERTAHAN KETIKA GAWAT

Ini pula kisah yang berlaku pada guru emas saya sendiri iaitu penulis buku Wang Emas Bertahan Ketika Gawat.

Beliau sendiri adalah testimoni yang sebenar buku yang beliau tulis dan testimoni fungsi emas bertahan ketika gawat.

Kisah yang panjang, tuan puan boleh search di google, Mohd Zulkifli Shafie Sosma.

Kisah secara ringkasnya berkaitan topik kita iaitu emas bertahan ketika gawat. Beliau dipenjara kerana sedekah Rm200.

Tuan puan boleh dengar sendiri kisah guru emas saya bagaimana emas dapat membantu keluarganya ketika beliau dalam penjara :-


Pesan guru emas saya, ''Emas yang terbaik adalah emas fizikal. Emas yang kita boleh simpan sendiri. Bukan emas digital atau akaun emas''.

Jika tuan puan simpan emas di Public Gold melalui Akaun Emas GAP, founder Public Gold, Dato' Wira Louis Ng sendiri sarankan keluarkan juga sebahagian emas dalam akaun GAP untuk simpan sendiri.

KEEMPAT : AMBIL PELUANG KEUNTUNGAN KETIKA HARGA EMAS MELONJAK TINGGI

Dah alang-alang simpan emas dalam jumlah yang besar, kalau harga emas melonjak tinggi, terus ambil peluang untuk ambil keuntungan daripada kenaikan harga emas.

Bila harga emas turun semula, beli semula yang baru.

Kalau beli jumlah yang besar di Public Gold, tuan puan yang jutawan bukan setakat beli jumlah yang tuan puan beli. Public Gold beri pula freegift goldbar.

Emas dapat, kewangan pun selamat, untung pun berganda lipat.

Beruntung berkali untungnya jutawan yang menyimpan emas.


Ulasan

Popular