WhatsApp Ikuti Info Terkini

JANGAN BUAT TEKNIK PAJAK EMAS UNTUK UNTUNG

 


Jangan buat teknik beli emas, pajak emas. Beli emas lagi dan pajak kemudian tunggu kenaikan harga emas.

Teknik ini dinamakan 'Teknik Manipulasi ar-Rahnu' iaitu teknik memanfaatkan pinjaman ar-rahnu untuk beli lagi emas dengan harapan emas yang dibeli dengan pinjaman ar-rahnu dapat dijual bila harga emas naik melepasi “kos manipulasi”.

Bagi saya teknik ini boleh dikatakan menganggu emosi, tidak 'peace of mind' dan terbukti menjerat pelabur ke dalam belengu hutang!

Berkata guru emas saya, ''yang benar-benar kaya dengan pajakan emas ialah peniaga/ejen emas yang suruh pembeli pajak ramai-ramai. Dia untung atas komisyen, bukan sebab dia pajak emas. Sedangkan pemajak emas untung nasibnya, 'untung secupak, rugi segantang'!''

Bak kata guru saya 'untung secupak, rugi segantang' ialah ''Kalau untung, untungnya sedikit. Kalau rugi, ruginya banyak!''

Nasihat guru saya, ''Sebelum nak buat teknik ini, fikir dulu masak-masak. Kalau rasa lena tidur malam, boleh teruskan. Kalau boleh menggangu tidur, baik simpan jer emas tu.''

Kita perlu ambil tahu dari sudut perkiraan.


Kita perlu buat 2 perkiraan penting,
1. Purata kenaikan harga emas
2. Upah simpan ar-Rahnu

Daripada perkiraan itu kita dapat nilai seperti yang dikatakan guru emas saya tadi, ''untung secupak, rugi segantang''

PAJAK UNTUK LABUR BISNES


Untuk teknik pajakan, saya lebih suka melabur pada perniagaan 'untung atas angin'.

Cuma teknik ini untungnya tak besar, tapi boleh dapat modal + untung sekitar 2-4 bulan.

Contohnya,

1. Saya cari kawan yang ada perniagaan kukuh beserta dengan data perniagaannya.

2. Pajak emas dan labur pada kawan yang jalankan perniagaan tersebut.

3. Tempoh 2-4 bulan, ambil modal + untung.

4. Tebus emas di ar-Rahnu.

Biasanya keuntungan yang kita dapat daripada teknik ini adalah sekitar 10% - 20%. Contohnya, jika labur Rm10,000, untung Rm1,000 atau Rm2,000. Mengikut persetujuan diantara anda dan peniaga.

Mudah kata, dalam tempoh 4 bulan kita boleh dapatkan untung 10%-20% (bagi saya 4 bulan adalah tempoh yang maximum).

Sebelum saya labur pada perniagaan ini, saya akan tanya dulu bilakah pulangan boleh dapat. Jika tiada jawapan pasti atau melebihi 4 bulan, saya akan cari orang lain yang boleh target kurang daripada 4 bulan.

Walaupun untung tak besar daripada teknik perniagaan ini, tapi kita boleh dapat untung bersih 'atas angin' 5% ke atas dalam tempoh 4 bulan.

Itu jika 4 bulan. Kalau 2 atau 3 bulan, lagi besar untung yang kita akan dapat.

Kita tidak perlu berpenat untuk jalankan perniagaan, kerja kita cuma pergi ar-Rahnu, pajak emas dan labur pada perniagaan. Kemudian tunggu untung. Itu sahaja.

Sambil buat kerja lain, sambil tunggu untung daripada bisnes hasil daripada pajakan.

Dapat untung bersih, beli emas, pajak dan labur lagi dalam perniagaan.

Sifirnya, ''semakin banyak gram emas kita, semakin besar bajet pinjaman daripada pajakan, semakin besar modal invest bisnes, semakin besar untung yg kita akan dapat''.

Untung dapat, emas pun dapat. 


Untung dan Emas Daripada Perniagaan 'untung atas angin'

 

Jika ada hutang kecil, untung tadi saya selesaikan hutang-hutang kecil.

Dan jika ada dua peluang,

1. Harga emas naik melonjak, saya ambil peluang keuntungan daripada kenaikan harga emas.
2. Jika ada peluang untuk beli aset seperti tanah, jual emas dan beli aset pula.

Aset tadi saya buat sewaan. Sebahagian hasil daripada sewaan, saya beli dan kumpul lagi emas, pajak, labur bisnes sambil tunggu dua peluang tadi.

Begitulah seterusnya.

Hasilnya : Keuntungan daripada kenaikan harga emas saya dapat, keuntungan yang dilaburkan pada perniagaan pun berganda lipat. Aset bertambah, mesin ATM pun berlimpah ruah.

Jika nak tahu lebih lanjut simpan emas walaupun bajet serendah Rm100, wasap saya http://www.wasap.my/601126294897/BlogSimpanEmas . Insyaa allah saya boleh bantu.

Ulasan

Popular