WhatsApp Ikuti Info Terkini

EMAS UNTUK PELABURAN VS SIMPANAN

 


PELABURAN


Kalau beli emas tapi fokus pada 'pelaburan', fokus kita terhad pada 'beli rendah, jual tinggi'.


SIMPANAN


Tapi kalau beli emas fokus pada 'simpanan', akan terbentang pelbagai cabang bagi memanfaatkan simpanan emas untuk memperoleh lebih banyak keuntungan.

Contohnya seperti pengalaman saya sendiri.

1. Dapat rawat simpanan bocor.


Dulu nak buat simpanan Rm10,000 dalam tempoh 2 tahun, tapi tak pernah capai. Bila simpan emas, tak sampai 2 tahun, kalau simpanan emas saya ditukarkan kepada ringgit, tak sangka rupanya dah lebih Rm10,000.

2. Pajak dan Labur dalam Bisnes


Sementara menunggu keuntungan melalui kenaikan harga emas, saya pajak emas saya dan labur pada kawan yang menjalankan perniagaan yang kukuh dan rancak.

Contohnya, saya labur pada kawan saya yang buat bisnes baju raya bulan bintang untuk musim puasa dan raya.

Untung daripada labur bisnes tadi, saya beli lagi emas, pajak, labur bisnes dan begitulah seterusnya.

Kalau ada dua peluang yang besar seperti,


1. Keuntungan daripada kenaikan harga emas, jual emas dan beli lagi emas.

2. Peluang beli aset seperti tanah atau rumah, jual emas dan beli aset pula. Yang penting aset seperti tanah atau rumah ni ada potensi untuk dijadikan mesin ATM (income passive) melalui sewaan.

Ulasan

Popular