WhatsApp Ikuti Info Terkini

Nilai Emas Bukan Sahaja Pada Kecantikkan

 

Faktor paling bernilai yang ada pada emas ada dua,
1. Kalis
2. Matlamat

PERTAMA : KALIS


Kalis terbahagi kepada dua iaitu 'Kalis Inflasi' dan 'Kalis Boros'.

Kalis Inflasi iaitu ketika nilai matawang kita jatuh, tapi nilai yang ada pada emas tetap menaik.

Nilai emas terletak pada dua iaitu berat dan ketulenannya. Sedangkan nilai matawang terletak pada sesebuah kerajaan tersebut. Jika kerajaan tersebut ada isu ekonomi atau politik negara, matawang di negara tersebut boleh merosot.

Pada tahun 2015, nilai matawang Malaysia pernah jatuh sekitar 35%.

Kalis Boros pula iaitu merawat simpanan daripada bocor. Iaitu sikap 'boros berbelanja'.

Seperti pengalaman peribadi saya sendiri.

Dulu saya target, nak buat saving Rm10,000 dalam tempoh 2 tahun. Masalahnya, Rm6,000 pun tak pernah cecah.

Bila simpan emas, tak sampai 2 tahun, kalau simpanan emas saya ditukarkan kepada duit (RM), rupanya dah lebih Rm10,000.

Sebelum ni, asal simpan mesti korek. Simpan korek, simpan korek. Bila dah start simpan emas, alhamdulillah. Dah tak de nak korek-korek dah.

KEDUA : MATLAMAT DALAM SIMPANAN


Matlamat dalam simpanan emas boleh letak target untuk matlamat 2-3 tahun ke atas dan matlamat yang memerlukan pada jumlah yang besar.

Contohnya, mahu beli rumah untuk 3-4 tahun lagi. Atau mahu dijadikan mas kahwin atau dijadikan hantaran dan sebagainya.

Terpulang pada matlamat masing-masing dalam target untuk membuat simpanan emas.
___
Lihat Testimoni Penyimpan Emas : Testimoni Penyimpan Emas

Ulasan

Popular