EMAS DAPAT PROFIT SETIAP MINGGU?
Ini salah satu mesej yg diterima oleh rakan dealer saya.
Tuan puan, secara asasnya emas tiada pendapatan.
Kata guru emas saya, ''Keuntungan daripada emas bergantung kepada kenaikan harga emas sahaja''.
Selain daripada tu, ia akan merisikokan duit tuan puan menjadi LEBUR, bukan untung.
Betul, setiap pelaburan perlu terima risiko lebur. Tuan puan nak tahan ke kalau lebur tu tambah dengan hutang bertimbun?
Akhir sekali, duit pun tiada, hutang je yang bertimbun.
Tak pasal-pasal anak pula tak dapat sambung pendidikan sebab ibu bapa tiada duit untuk tanggungan.
Tuan puan,
Melabur adalah untuk orang yang dah kaya, bukan orang yang baru nak belajar jadi kaya.
Orang kaya melabur sebab dia dah banyak duit. Daripada dia simpan banyak-banyak dan simpanan dia menjadi mangsa inflasi, lebih baik dia melabur.
Ini langkah orang kaya melabur.
Untuk kita yang tak berapa nak kaya ni, fokus pada simpanan dulu kemudian bina 'mesin ATM' (income passive) 2-3 saluran untuk setiap bulan samada melalui hartanah yang disewakan atau perniagaan yang bersistem (kalau kita cuti pun, perniagaan tetap berjalan, duit tetap masuk).
Bagi siapa yang tak berminat dengan perniagaan tiada masalah, boleh fokus pada sewaan seperti hartanah.
Income passive ni mudah kata, pendapatan pencen atau tak kerja pun duit masuk.
Bab melabur ni, pakar kewangan #1 Malaysia, Tuan Azizi Ali bahkan guru kewangan saya sendiri pun ada sebut, ''Orang kaya melabur sebab dia ada duit lebih, bukan nak cari duit lebih.''
Kalau duit yang dia labur tu lebur pun dia tak kesah sebab duit dah banyak.
Kita ? Duit nak bayar hutang pun tersangkut-sangkut lagi.
Dek kerana itu, guru emas saya sangat bertegas kepada mereka yang terlalu cepat nak jadikan emas sebagai pelaburan seperti skim cepat kaya bertopengkan emas (atau istilah lebih tepat daripada guru saya : skim cepat lingkup) padahal simpanan pun masih belum kukuh.
Fokus simpan emas untuk kukuhkan kewangan dulu.
Pesan guru saya, fokus beli emas untuk simpanan dulu, bukan labur lagi.
Nanti kalau emas tu dah banyak, dah bergram-gram. Kita dah tak nampak emas sekadar pelaburan : beli harga rendah, jual harga tinggi. Tidak !
Yang kita nampak, emas tadi ditukarkan pula kepada aset yang boleh dijadikan mesin ATM.
Contohnya, seperti beli rumah atau tanah yang boleh disewakan.
Hasil sewaan itu dijadikan 'mesin ATM' kita setiap bulan. Tak kerja pun, duit tetap masuk dalam akaun bank kita.
Bulan feb yg lepas pun, 1,500 mangsa rugi Rm100 juta ditipu skim pelaburan emas, dah ada syarikat emas menggunakan skim yang menggelirukan.
___
Baca berita di kosmo : https://www.kosmo.com.my/2023/02/02/1500-mangsa-rugi-rm100-juta-ditipu-skim-pelaburan-emas/
Apa pun, Public Gold bukan syarikat emas yang paling terbaik. Tapi Public Gold sangat serius dan komited untuk perbetulkan cara faham konsep simpanan & pelaburan emas ni.
Walaupun kata sesetengah individu 'ianya lapok. Cara lama'.
Tapi selapok-lapok Public Gold dah bertahan sejak 2008 sehingga kini bahkan berkembang ke negara jiran kita seperti Indonesia, Singapore & Brunie.
Dalam target founder Public Gold, Public Gold akan melebar sayap dan menjadi syarikat emas terbesar di Asia dengan cara yang dianggap 'Lapok' ni.
Antara pencapaian terbesar Public Gold adalah dapat beli sebuah menara (bukan satu tingkat sahaja, tapi 1 menara) yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur.
Tuan puan,
Sejak penubuhan awal lagi, fokus Public Gold adalah,
1. Beli emas, mesti dapat emas fizikal, bukan sekadar angka dalam akaun emas.
2. Beli emas dengan ilmu, bukan sekadar ikut-ikut orang.
Dek kerana itu sejak awal penubuhan lagi, Public Gold sangat aktif dan konsisten dengan mewujudkan seminar-seminar disetiap cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.
Sekarang, Public Gold sangat aktif buat seminar melalui online setiap minggu.
Untuk seminar offline pula, akan mengikut jadual di setiap cawangan.


Ulasan