Rugi dalam tangan, tapi untung belum tentu
“Rugi dalam tangan, tapi untung belum tentu”
Guru saya pesan, kita kena tahu kalau nak bercakap tentang pelaburan.
"Jangan sesekali melabur dengan duit yang kita sendiri tak sanggup lebur 100%! Duit tu tak sesuai dilaburkan''.
Macam ni tuan puan, kalau dalam simpanan kita belum cukup simpanan minimum 3 bulan pendapatan, jangan sesekali melabur semata-mata nak cari duit lebih.
Sebab, jika kita melabur, ''rugi itu pasti, untung belum tentu lagi''.
Dek kerana itu pesan guru saya, ''Kalau nak cari duit lebih, 'pelaburan' bukanlah tempatnya.
Sebaliknya, tingkatkan kemahiran sedia ada, atau tambah kemahiran baru supaya majikan sanggup bayar kita lebih mahal.
Kalau majikan sedia ada tak hargai kemahiran kita, cari majikan lain yang sanggup bayar kita lebih mahal.
Atau gunakan kemahiran baru untuk cari pendapatan tambahan di luar waktu kerja.
Itulah cara lebih baik kalau “nak cari duit lebih”
___
Baca juga :
![]() |
| Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar |


Ulasan