WhatsApp Ikuti Info Terkini

Dua Gangguan Emosi Sebelum Beli Emas

Jika setiap kali beli emas tapi tengok harga, ia akan menganggu emosi pada dua keadaan,

1. Takut kalau beli sekarang, nanti tiba-tiba harga emas turun
2. Tunggu harga emas turun, rupanya harga emas melonjak tinggi

Dua ketakutan ini sering berlaku kepada penyimpan emas yang tidak tahu pengetahuan tentang 'simpanan emas', bukan pelaburan emas.

Mudah kata, mereka tiada ilmu tentang simpanan emas.

1. GANGGUAN EMOSI PERTAMA
: TAKUT KALAU BELI SEKARANG, NANTI TIBA-TIBA HARGA EMAS TURUN

Jika tiap kali beli emas tapi tengok harga emas turun dulu. Ia akan menganggu emosi anda untuk menambah aset emas untuk menambah kekayaan.

Kata guru saya, ''Kalau sibuk tengok harga, memang jumlah simpanan emas tak ke mana-mana (tak kaya-kaya).

Sebab asyik takut dan pening dengan harga...

Orang lain simpan emas sudah berpuluh dan beratus gram, tapi dia nak beli satu gram pun takut''.

Nasihat guru saya untuk mengelak 'ketakutan' ini, ''Apa yang penting, setiap kali ada RM100, boleh terus menabung melalui Akaun Emas GAP. Tak perlu tunggu ada duit banyak.''

Berdasarkan pengalaman guru saya yang membimbing lebih 6,000 penyimpan emas sejak 2010, itulah cara yang lebih baik bagi orang kebanyakan yang nak jadi lebih kaya dengan emas...

Nanti bila dah mula, kita akan faham dengan sendiri harga tinggi rendah sebab dah ada “benchmark” tersendiri.

2. GANGGUAN EMOSI KEDUA : TUNGGU HARGA EMAS TURUN, RUPANYA HARGA EMAS NAIK MELONJAK TINGGI

Ini juga salah satu gangguan emosi bagi penyimpan emas yang tiada pengetahuan atau tiada ilmu tentang simpanan emas.

Guru saya pernah cerita, ada beberapa penyimpan emas yang beliau jumpa. Dia nak beli emas tapi tunggu harga turun dulu. Katanya, kawan dia suruh tunggu harga emas turun baru dapat banyak untung.

Tapi apa yang terjadi bila harga emas dah turun?

Kawan dia kata, suruh tunggu lagi, harga emas mesti turun lagi.

Tunggu punya tunggu, rupanya keesokkan harinya harga emas naik melambung tinggi.

Kesudahannya, emas tak simpan, duit pun licin sebab dah habis beli perkara bukan keperluan.

KESIMPULAN

Dek kerana itu pesan guru saya, beli emas untuk simpanan, 'JANGAN TENGOK HARGA EMAS'.

Ia akan menganggu emosi kita dengan harga emas. Dan paling membimbangkan, sebelum duit kita beralih kepada emas, sedar-sedar duit dah habis akibat bocor dek kerana boros berbelanja.

Oleh itu, jika 10% hasil daripada pendapatan samada gaji atau perniagaan sudah rancang untuk dialihkan kepada simpanan emas. Pejam mata, alihkan segera. Jangan tengok harga emas.



Ulasan

Popular