WhatsApp Ikuti Info Terkini

100% beli rumah guna simpanan emas?


Ini kisah Puan Nurizaty.


Bagaimana Puan Nurizaty plan untuk beli rumah 100% daripada simpanan emas adalah, 


al-kisahnya.


Satu hari, anak kecil beliau mengamuk. Balik dari rumah pengasuh tak mahu masuk rumah, nak jalan-jalan naik kereta. 


Masa jalan-jalan ni lah beliau terpandang "RUMAH UNTUK DIJUAL" dekat kawasan perumahan yang dah lama beliau berkenan dari segi lokasinya.


Tapi, pada masa itu Puan Nurizaty tak cukup duit tunai 10% untuk deposit.


Jadi, dia terfikir waktu ni lah dia boleh gunakan simpanan emas fizikal dia.  Memang dia dah niat pun nak simpan emas untuk deposit beli rumah.


Kemudian, apa yang Puan Nurizaty buat?


Puan Nurizaty jual 10 dinar, 5 dinar, 2 keping 1 dinar, 20gram bungamas dan 2 utas rantai tangan emas


Dipendekkan cerita. 


Booking rumah berjaya. Rm37,000 Puan Nurizaty kumpul dari jualan emas simpanan dia. 


Jumlah keseluruhannya Rm37,000, tiada satu sen pun guna duit simpanan dalam bank. 


Pesan Puan Nurizaty, ''Kalau ada impian nak beli rumah, menabunglah. Biasanya sediakan 10% deposit daripada nilai rumah, 5% yuran guaman dan 5% lagi untuk hal-hal lain. 


Kalau menabung guna wang kertas selalu gagal, jom cuba menabung emas''


Tuan puan, semudah itu je Puan Nurizaty nak beli rumah.


Yang penting, simpanan perlu sentiasa bersedia.


Kalau simpan duit selalu bocor, cuba tukar kepada simpanan emas.


Simpanan emas merawat daripada penyakit simpanan bocor. Tambahan pula, harga emas dalam jangka panjang (2-3 tahun ke atas) akan menaik.


Simpanan pun selamat, untung daripada kenaikan harga emas pun dapat.


Beruntung berkali-kali untung.


Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar


Ulasan

Popular