SIMPAN EMAS UNTUK BISNES 'PROJECT BASIS'
Diceritakan guru emas saya, ada beberapa peniaga kecil dan sederhana yang jumpa beliau nak beli emas.
Mereka nak jadikan emas untuk simpan duit bisnes sekaligus dijadikan modal pusingan bisnes.
Kebanyakkannya peniaga yang berniaga secara “project basis” iaitu duit modal hanya digunakan untuk beberapa ketika bila dapat projek sahaja.
Lepas selesai projek dan dapat balik duit, duit itu biasanya tak digunakan dan hanya tersimpan dalam akaun bank.
Selesai Masalah Pinjaman Jangka Pendek
Guru emas saya diberitahu, masalah biasa mereka yang berniaga secara “project basis” ialah untuk dapatkan pinjaman tempoh singkat; tempoh cukup-cukup untuk sesuatu projek sahaja.
Pinjaman bank biasanya perlukan tempoh minimum 2 tahun, sedangkan mereka cuma perlukan duit hanya untuk beberapa bulan sahaja.
Kalau bayar awal pun, ia tetap merugikan sebab ansuran pinjaman bank (pada peringkat awal pinjaman), portion paling besar hanya untuk bayar caj interest sahaja.
Jadi susah untuk buat anggaran kos sebenar pinjaman untuk dimasukkan sebagai kos sesuatu projek, dan dicaj sekali dalam quotation kepada pelanggan.
Ia berbeza dengan caj pinjaman ar-rahnu (yang bercagarkan emas).
Kata guru emas saya, ''Caj pinjaman ar-Rahnu lebih senang dikira sebab ia dikira secara bulanan, iaitu sekitar 1.15% sebulan dari nilai pinjaman. Caj ar-rahnu itu senang dikira dan dimasukkan terus ke dalam kos sesuatu projek''.
Baca juga :
![]() |
| Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar |


Ulasan