PERBEZAAN DEALER EMAS PUBLIC GOLD DAN DEALER EMAS PERHIASAN
Kebiasaan dealer emas perhiasan, fokus mereka menjual emas adalah pada kecantikan yang ada pada emas khusus untuk wanita atau lelaki untuk dijadikan hadiah kepada perempuan samada istri, anak perempuan atau ibunya.
Kami dealer emas Public Gold (PG), fokus kami pada emas bukan sekadar kepada kecantikan untuk perhiasan. Tapi untuk 'mencantikkan kewangan'.
Dealer PG, tidak perlu ambil masa untuk tahu tentang selok belok emas perhiasan. Dealer PG cuma perlu ambil masa untuk belajar bagaimana memanfaatkan simpanan emas.
Simpan emas memang tak basi, tapi simpan emas sekadar simpan dan ditayangkan sebagai perhiasan, itu tidak diberikan apa-apa yang menakjubkan sebenarnya.
Cuma sekadar menayangkan kecantikan atau sekadar kenangan. Itu sahaja.
Diantara manfaat simpanan emas
Dealer Public Gold ajar simpan emas untuk memanfaatkan emas sebagai,
1. Kalis boros
2. Simpanan untuk jangka panjang
3. Matlamat dalam simpanan
4. Kukuhkan kewangan
5. Kembangkan pendapatan
6. Insuran kekayaan (kalis inflasi)
7. Dan sebagainya
Saya bagi salah satu contoh daripada banyak-banyak contoh.
Kebiasaan yang berlaku masalah kewangan kepada seseorang adalah 'Tiada Simpanan' kerana 'Boros Berbelanja'.
Ini memang realiti.
Memang jenis manusia, terkadang kedekut nak berkongsi rezeki tapi tidak kedekut untuk berbelanja diri sendiri.
Berbelanja benda yang tidak berfaedah pula tu.
Jika tiada simpanan, bermakna kewangan berada dalam fasa 'risiko' atau 'darurat'.
Lebih parah lagi, jika hutang keliling pinggang.
Dah la tiada simpanan, hutang pula keliling pinggang.
Dek kerana itu, fasa untuk mengukuhkan kewangan adalah 'simpanan'.
Ini cuma salah satu je. Sebenarnya ada banyak lagi.
KESIMPULAN
Konklusinya, dealer PG perlu ambil masa untuk belajar tentang emas bagi memanfaatkan dalam kewangan sendiri dan juga ajar orang lain untuk mencantikkan kewangan bersama-sama.
Bak kata guru emas saya, ''Beli emas bukan habiskan duit, beli emas maksudnya simpan duit. Cuma dalam bentuk yang nilainya lebih kukuh berbanding duit''
Yang dimaksudkan orang 'beli emas habiskan duit' adalah jika beli emas yang spreadnya tinggi dan emas tersebut mempunyai kos tertentu, kos itu ini dan sebagainya.
Bisnes PG untuk mudah faham, Kewangan & Emas memang tak boleh dipisahkan.
Kita mengajar orang tentang kukuhkan kewangan, secara tak sengaja kita juga belajar dan praktis kukuhkan kewangan kita sendiri.
Baca juga :
![]() |
| Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar |


Ulasan