Pegangan emas negara-negara terpilih pada bulan Ogos 2020
Tuan puan, pakar kewangan Malaysia iaitu Tuan Azizi Ali ada kongsikan satu grafik 'pegangan emas negara-negara terpilih pada bulan Ogos 2020'.
Ada 3 poin yang beliau kongsikan yang dapat kita pelajari ialah,
Poin Pertama :
Bukan sahaja pelabur individu yang melabur (pada emas) tetapi bank-bank negara juga turut melabur dalam emas. Malah pegangan emas bank-bank negara ini masuk beratus dan malah beribu tan (contoh: Amerika Syarikat menyimpan lebih 8,000 tan emas)! Jika emas itu tidak berguna, tak kanlah bank-bank negara ini nak melabur dalam emas?
Poin kedua :
Semua emas yang dibeli dan disimpan oleh bank-bank negara ini adalah emas fizikal – dalam bentuk goldbar. Jadi bank-bank negara tak beli emas digital atau emas kertas, ya?
Poin ketiga :
Semua pembelian emas ini juga dibayar dengan cash (sila betulkan jika saya silap, ya?). Jadi bank-bank negara ini tak pinjam duit dan sudah tentu tak main leverage apabila melabur dalam emas!
Tuan puan,
Apa yang dapat kita belajar dan faham daripada 3 poin ini ialah,
Pertama :
Walaupun bank adalah tempat simpan dan pencetak wang, tapi bank-bank negara juga turut melabur dalam emas.
Kedua :
Bank membeli dan menyimpan emas fizikal, bukan digital.
Ketiga :
Bank membeli emas dengan cash, bukan skill manipulasi yang menggelirukan.
KESIMPULAN
Konklusinya yang paling penting adalah 'SIMPANLAH EMAS!'
Konklusi Pertama :
Alihkan sebahagian simpanan wang tuan puan kepada emas.
'Sebahagian ye, bukan semua !'
Kerana wang simpanan yang kita simpan, kian lama kian dimakan INFLASI, iaitu jumlah duit yang sama tapi nilainya sudah berbeza. Mudah kata, duit kita dirompak tanpa kita sedari.
Konklusi Kedua :
Nak simpan emas, simpanlah emas fizikal bukan emas digital. Jika akaun emas, pilih akaun emas yang bersandarkan kepada emas fizikal. Paling penting, syarikat tersebut mempunyai spread 9% ke bawah seperti Public Gold.
Konklusi Ketiga :
Belilah emas dengan belian 'cash', bukan skill manipulasi yang menggelirukan. Bimbang emas tak dapat, duit pun lesap.
![]() |
| Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar |


Ulasan