LANGSAI HUTANG PTPTN DENGAN EMAS
Ini pengalaman beberapa penyimpan emas yang menjadikan emas sebagai simpanan untuk selesaikan hutang PTPTN.
Hutang adalah amanah yang wajib dijelaskan.
Seperti adik-adik yang masih belajar, hutang itu bukan perlu dijelaskan dengan jangka masa terdekat tapi dalam tempoh yang lama lagi. Iaitu ketika anda semua berada pada peringkat sudah bekerja.
Maksudnya, jangka masa yang panjang.
Emas dalam sejarah, harganya dalam jangka panjang kian menaik. Jika anda simpan emas sejak belajar, selepas tamat belajar, anda boleh selesaikan hutang dalam tempoh yang lebih cepat.
Seperti contoh seorang penyimpan emas ini, beliau mempunyai hutang PTPTN sebanyak Rm30,000.
Tahun 2016, sebenarnya beliau sudah mampu untuk bayar hutang PTPTN nya kerana ketika itu beliau mempunyai simpanan sebanyak Rm36,000.
Tapi, beliau tidak selesaikan hutang PTPTN melainkan ditukarkan kepada simpanan emas.
Pada tahun 2021, beliau jual 200gram emas dan menerima Rm50,000 yang dibeli pada tahun 2016 yang lalu.
Apa kata beliau ?
Katanya, ''Kalaulah saya bayar PTPTN dahulu, saya cuma ada baki Rm6,000 sahaja. Tapi, hari ini saya ada baki Rm20,000 selepas selesaikan hutang PTPTN kerana simpan emas''
Jadi, bagi adik-adik yang masih belajar, duit scholarship/pinjaman yang diperoleh, jangan dibuat joli semata-mata.
Belajar menyimpan emas dari sekarang.
Bagaimana caranya ?
Ikut 6 langkah ini :
1. Buka Akaun Emas GAP dan daftar percuma sahaja. Cuma perlu buat simpanan serendah Rm100 untuk aktifkan akaun emas GAP.
- Daftar PERCUMA disini : >DAFTAR PERCUMA<
2. 10% dari duit scholarship/pinjaman, tukar dalam bentuk emas.
3. Konsisten menyimpan emas walaupun minimum suku gram (Rm100) sampai tamat belajar.
Untuk langkah ketiga ini. Anda boleh guna tips ni :
Jadi dropship/affiliate produk mudah jual atau affiliate di Shopee, TikTok, PGMALL dan sebagainya.
Tidak perlu modal duit pun, cuma perlukan sedikit modal masa dan tenaga je. Ambil masa dalam 1jam/sehari je untuk modal tenaga dan masa ni.
Target setiap bulan untuk asingkan Rm100 kepada emas (suku gram/Rm100).
Kalau rasa Rm100 tu tinggi, boleh buat target : Bulan pertama simpan Rm50 dalam tabung (boleh namakan tabung : Tabung Emas untuk PTPTN). Bulan kedua simpan emas (suku gram/Rm100) dalam Akaun Emas GAP.
Begitulah seterusnya...
4. Tamat belajar, buat kiraan bayaran balik.
5. Jual emas yang dikumpul dan boleh bayar hutang.
6. Dah selesai hutang, repeat langkah 1-3 untuk matlamat yang lagi besar seperti beli rumah, deposit beli kereta dan sebagainya.
![]() |
| Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar |





Ulasan