WhatsApp Ikuti Info Terkini

KHAS UNTUK LELAKI BUJANG YANG MERANCANG UNTUK BERNIKAH

 


Kalau anda dah baca dua artikel saya iaitu JADILAH ORANG BERIMAN YANG BERDUIT dan AIB BAGI SEORANG YANG BERGELAR SUAMI

Saya ucapkan tahniah dan terima kasih, artikel itu memang khusus untuk lelaki yang bergelar suami.

Bila anda lelaki yang bujang dan merancang untuk bernikah, diantara perkara utama yang anda perlu bersedia adalah 'kewangan yang kukuh dan stabil'.

Kewangan yang kukuh dan stabil ini adalah untuk persediaan kalau-kalau berlaku kegawatan ekonomi dalam keluarga anda.

Dek kerana itu, anda perlu mewujudkan simpanan minimum 3-6 bulan pendapatan sebagai tabung khas untuk kecemasan. 

Bukan tabung untuk anda perhabiskan semasa majlis nikah atau berhoney moon tapi bajet besar. Bukan.

Kegawatan ekonomi rumah tangga boleh berlaku bila-bila masa jika anda tiada tabung simpanan tadi.

Nak hidup bermewah, boleh. 

Tapi kena sabar dulu dan tunggulah ketika anda dapat buat simpanan setahun pendapatan, aset hartanah paling kurang 5 buah rumah atau shoplot untuk disewakan, pendapatan pasif minimum Rm5,000 sebulan dan terus merancang bersara pada usia muda.

Perkara ini anda perlu merancang sejak sebelum nikah lagi. Bukan selepas dah ada 2-3 orang anak.


Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar


Ulasan

Popular