Kerja sukarelawan, tapi mempunyai simpanan aset (emas) yang lumayan !
Tuan puan, saya sekadar nak kongsi tentang seorang hamba allah bernama, Encik Wan Muhammad Nor.
Seperti yang dikongsikan beliau dalam facebooknya, beliau adalah sukarelawan.
Saya tertarik dengan semangat dan konsisten beliau dalam mengumpul aset emas ini.
Pada 31 disember 2022, beliau berkongsi pengalaman dan semangatnya yang beliau dapat mengumpulkam gram emas 100gram selama 13 bulan.
Apa kata beliau yang saya, tuan puan dan kita dapat jadikan inspirasi adalah,
''Saya hanya petugas Sukarelawan. Income tidak sebesar mana. Ada kerja ada gaji, apa yang penting disiplin dalam penyimpanan. Untuk berjaya, semangat, jiwa dan pengorbanan yang besar perlu diterjemahkan dalam setiap perkara yang ingin dilakukan''.
''Saya hanya petugas Sukarelawan. Dapatan dan imbuhan dari tugasan Sukarelawan tidak lah sebesar mana. Apabila tuan puan faham ilmu emas. Sebesar mana atau sekecil mana gaji tuan puan tidak menjadi halangan, tuan puan akan cuba sedaya usaha menyimpan walaupun setengah (0.5) gram sebulan.
Sekiranya sudah faham pasal emas. Saya percaya dan yakin simpanan tuan puan pasti melebihi dari apa yang diimpikan kerana saya telah melalui perkara yang sama. Cita-cita 1 bulan 1gram, 1tahun boleh dapat 12 gram.
Tapi saya telah membuat. 13 bulan 100 gram... Bukan untuk menunjuk, sekadar motivasi kepada tuan puan yang baru berjinak dalam menjadikan emas sebagai simpanan''.
KESIMPULAN
Konklusi yang dapat kita pelajari daripada Encik Wan Muhammad Nor adalah,
Beliau membuktikan,
Apa pekerjaan (asalkan halal),
Berapa besar pun pendapatan,
Mengumpul aset bukanlah satu alasan,
Yang penting adalah disiplin dan matlamat dalam menyimpan.
Tuan puan, berapakah nilai 100gram jika ditukar kepada RM ?
Jumlahnya ialah sekitar Rm26,000 +++ dan hampir memasuki jumlah Rm27,000.
![]() |
| Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar |




Ulasan