WhatsApp Ikuti Info Terkini

Emas memerlukan masa 10-20 tahun baru nampak hasil ?

 


Saya jumpa kenyataan ini melalui facebook Tuan Azizi Ali, Pakar Kewangan Malaysia.

Menarik kenyataan ini yang dijawab oleh Tuan Azizi Ali yang ingin saya kongsikan juga disini.

Tuan Azizi Ali menjawab,

Dari masa ke semasa, saya akan terjumpa komen tentang emas seperti yang tertera di dalam grafik berikut. Jadi mengikut hamba Allah ini, 

1. Emas memerlukan masa 10-20 tahun baru nampak hasil!
2. Ada hidden cost seperti caj upah
3. Harga emas lebih rendah daripada pasaran

Ini adalah contoh komen yang misleading atau salah sama sekali!

Tuan puan semua, 

Statemen 1 adalah SALAH SAMA SEKALI! Emas telah memberikan pulangan 9+% setahun sepanjang 20 tahun kebelakangan. Pulangan ini adalah lebih tinggi daripada kebanyakan pelaburan lain termasuk ASB dan Tabung Haji. Dan jika statemen ini betul, tak ada siapa yang melabur dalam emas – termasuk saya sendiri!

Statemen 2 adalah misleading kerana caj upah hanya applicable untuk emas perhiasan seperti rantai dan gelang. Caj upah tidak wujud dalam emas pelaburan seperti dinar dan gold bar.

Statemen 3 juga adalah misleading kerana memang betul harga jualan emas lebih tinggi daripada ‘spot price’ yang dilabelkan ‘harga pasaran’. Ini adalah kerana tidak ada entiti dalam dunia yang menjual emas pada harga spot price. 

Semua saudagar emas akan menjual emas pada harga yang lebih tinggi daripada spot price untuk cover kos operasi dan untung mereka.

Next, harga jualan yang lebih tinggi daripada spot price bukan sahaja applicable kepada emas tetapi kepada semua logam lain termasuk perak dan malah forex juga.

Jadi tuan puan semua, ini adalah satu sebab mengapa anda perlu menambahkan ilmu kewangan dan pelaburan. Kerana tanpa kedua ilmu ini, anda akan sering terpesong apabila membaca/mendengar komen-komen seperi yang dibuat oleh hamba-hamba Allah begini. 

Semua statemen dalam grafik itu adalah misleading atau salah sama sekali. Tetapi anda mungkin mempercayainya kerana tidak tahu statemen itu salah dan seterusnya mungkin membuat keputusan pelaburan yang merugikan anda.

Semoga penjelasan ini akan membantu.

Dapatkan buku 'Masa Untuk Emas' penulisan Tuan Azizi Ali. Tekan poster sekarang


Posting asal > disini <


Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar


Ulasan

Popular