Dapat duit, rewardlah diri sendiri
Tuan puan,
“Reward” yang paling bernilai adalah kita simpan duit untuk diri kita sendiri. Kemudian duit simpanan tersebut kita tukar menjadi aset yang 'menghasilkan duit' setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun untuk kita.
Saya bagi contoh,
Tiap kali dapat duit samada daripada gaji tetap, hasil daripada perniagaan, kerja ambil upah dan sebagainya.
Asingkan 10% kepada simpanan emas untuk dijadikan simpanan yang dilupakan.
Kumpul emas sehingga capai satu target untuk tuan puan boleh beli rumah atau tanah.
Rumah atau tanah tadi, tuan puan boleh jadikan sewaan.
SEWA TANAH
Jika sewa tanah, tuan puan boleh guna idea ini iaitu buat tapak berniaga.
Tuan puan sediakan tapak, kemudian tuan puan sewakan tapak untuk orang berniaga.
Nak lagi cantik dan menarik, tuan puan sediakan tapak tersebut seperti booth container ke dan terpulang pada kreativiti tuan puan.
Salah satu contoh yang tuan puan boleh ambil adalah seperti uptown kota dame, Kota Damansara.
Hasil sewaan tadi, tuan puan boleh jadikan mesin ATM tuan puan.
Sifir dia adalah ''semakin banyak aset yang menghasilkan duit, semakin banyak cabang mesin ATM kita''.
Mesin ATM itulah 'REWARD' yang paling berbaloi untuk jangka panjang bahkan jika kita sudah celik pada usia muda, kita boleh bersara lebih awal daripada orang lain.
Ketika orang lain yang sudah tua tetap perlu bekerja, kita diusia muda sudah boleh buat pilihan untuk bersara (tak bekerja pun duit masuk).
![]() |
| Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar |


Ulasan