WhatsApp Ikuti Info Terkini

BERNIAGA IKAN DI PASAR JE, TAPI KEKAYAAN DALAM TANGAN

  

Bertarikhkan 28 ogos yang lalu. Sambil kami duduk bersantai sambil ibu bercerita zaman kanak-kanaknya.


Berkata ibu saya, ibu saya sejak kecil lagi sudah tahu tentang kelebihan emas dan perbezaannya (khusus barang kemas) melalui seorang mak cik di kampung pada ketika itu. Mak cik itu dipanggil Mok Nik Joh/Mok Joh.


Ibu saya kata, Mok Joh dan suaminya Pok Mat ni orang yang kuat bekerja. Kerja mereka, turun sungai tangkap ikan kemudian jual di pasar. Mudah kata, mereka adalah peniaga ikan di pasar.


Tapi, apa yang menariknya tentang Mok Joh yang diceritakan ibu saya. Mok Joh adalah orang yang kaya pada ketika itu. 


"...Tidak Suka Duit Hanya Dijadikan Duit"


Kata ibu saya, ''Mok Joh ni tidak suka duit hanya dijadikan duit''.


Aik ! Pelik saya bila dengar ayat tu. Dah kaya tapi tak suka duit. Kalau kaya mesti kena ada duit kan.


Rupanya, ibu saya kata. Sering kali Mok Joh ni akan tukar duit kepada EMAS. Pantang saja ada duit lebih ditangan, pasti ditukarkan duit kepada emas.


Barulah saya faham maksud ibu saya.


___ 

Tonton juga : Kerja Sukarelawan, Tapi Mempunyai Simpanan Aset (Emas) Yang Lumayan


Diceritakan lagi ibu saya, Mok Joh dan suaminya ni adalah antara orang kampung yang kuat ibadat dan kaki masjid. Subhanallah.


EMAS KEPADA TANAH


Menariknya lagi diceritakan ibu yang dapat saya jadikan inspirasi. Mok Joh bukan sahaja menyimpan emas, Mok Joh juga orang yang suka 'membeli tanah'. Daripada aset 'emas' itu ditukarkan pula kepada 'tanah'.


Maksudnya di sini, Mok Joh sudah ada dua aset yang solid sejak dulu sehingga kini iaitu 'Emas' & 'Tanah'. Kata ibu saya, rumah penginapan Mok Joh dan Pok Mat ni biasa je, tak besar pun. Sama seperti rumah kampung yang lain, tapi simpanan asetnya tidak terkata nilainya.


KESIMPULAN


Tabiat sesetengah manusia ni, pantang duit di tangan, pasti ada sahaja akalan untuk di belanja dan dihabiskan.


Merawat masalah ini, kita perlu tukarkan segera WANG KERTAS kepada EMAS


Lumrah menyimpan emas menjadikan kita disiplin dengan kewangan pada masa yang sama emas membuatkan penyimpannya 'ketagih' untuk kumpulnya lagi dan lagi.


Bila kita baca nasihat daripada guru-guru kewangan, semuanya menekankan tentang 'simpanan'. 


Kekayaan itu bukanlah berapa banyak duit yang kita dapat, tapi yang lebih penting ialah berapa banyak yang kita simpan dan dijadikan aset.


Benarlah apa yang dikatakan Chef Li (Dato' Dr. Rusly Abdullah) iaitu Jutawan Senyap. Katanya,

''Orang paling banyak dan kerap menyimpan ialah orang berniaga. Tidak kira mereka berniaga apa. Walaupun mereka kelihatan lekeh, dan perniagaan mereka tidak ada kelas tetapi tahap kewangan mereka adalah kelas pertama. Simpanan mereka kebanyakannya ratusan ribu ringgit''.


Contohnya macam cerita Mok Joh tadi. Peniaga ikan di pasar je, tapi aset dalam tangan.

Ulasan

Popular