ASAL SEBUT EMAS, MESTI PELABURAN. BETUL KE?
Orang dulu dah lama beli dan simpan emas. Ibu saya cerita, orang kelantan sejak dulu lagi antara pengemar menyimpan emas.
Kata ibu saya, ''masa mak budak-budak dulu, ada seorang mak cik ni nama dia Mok Joh, suami dia nama Pok Mat. Diorang ni laki bini jual ikan di pasar je. Dalam diam-diam, harta dalam simpanan''.
Apa harta tu? Iaitulah emas dan tanah.
Dapat untung jual ikan, beli emas sikit-sikit. Dapat kumpul emas sikit-sikit, beli tanah pula.
Ibu saya kata, ''mak belajar simpan emas dan beli tanah daripada mok joh ni la yang adik beradik mak sendiri pun tak tahu''.
Ibu dan ayah saya asal orang kelantan. Semasa ibu saya berpindah dan menetap di Sungai Buloh, Selangor. Ibu dan ayah saya datang dengan sehelai sepinggan sahaja.
Apa yang ibu saya buat? Ibu saya ikut apa yang dipesan mok joh tadi. Ibu saya buka kedai runcit, asal ada untung sikit-sikit terus beli emas. Kemudian tukar emas kepada tunai dan beli tanah pula.
Ada satu tahun tu, ibu saya dapat beli tanah 2 lot dalam setahun. Awal tahun 1 lot, akhir tahun 1 lot tempat lain pula.
Ibu saya pesan, ''kalau Rm10,000 dalam tangan, kita boleh habiskan sekelip mata je Rm10,000 tu. Nak hilang rasa ada Rm10,000. Tukar kepada emas''.
Ini pesanan yang ibu saya selalu ulang pada saya.
___
Tonton juga : Beli Emas Bukan Habiskan Duit !
Sebenarnya, emas ni kalau kita pegang 1kilo kita tak rasa kita ada duit padahal nilai 1kilo tu sama nilai dengan sebiji rumah.
Dek kerana itu, fungsi utama emas bukan sekadar 'beli harga rendah, jual harga tinggi'. Tidak !
Fungsi simpan emas adalah, merawat masalah boros berbelanja dan simpanan selalu bocor.
Daripada cerita ibu saya tadi, dapat kita pelajari daripada Mok Joh dan Pok Mat bahawa simpan emas adalah untuk rasa tidak berduit tapi ada harta.
Beli dan kumpul emas sikit-sikit, kemudian beli tanah dan bangunkan rumah.

Ulasan