WhatsApp Ikuti Info Terkini

TENTUKAN POSISI SEBAGAI PEMBELI EMAS


Kata guru emas saya, pembeli emas ada dua posisi.


Posisi pertama ialah Penyimpan Emas (Gold Saver)


Posisi kedua ialah Pelabur Emas (Gold Investor)


#1. Penyimpan Emas (Gold Saver)


Mindset penyimpan emas adalah fokusnya 'pertambahan GRAM emas' bukan sekadar 'bertambahnya RM'. Tidak kesah dengan turun atau naik harga emas. 


Prinsipnya cuma satu, ''asalkan gram emasnya bertambah''.


#2. Pelabur Emas (Gold Investor)


Gold investor dipanggil trading, iaitu "beli harga rendah, jual harga tinggi" secara kerap. Beli ketika harga rendah (di paras "lantai"), simpan sementara waktu dan terus jual apabila harganya tinggi (di paras "siling"). Buat proses ini berulang-ulang kali.


Kata guru emas saya, 

''Strategi ini nampak mudah tetapi hakikatnya beliau sendiri belum jumpa orang yang betul-betul berjaya dengan trading emas fizikal ini''.


CABARAN UTAMA MENJADI PELABUR EMAS


Cabaran utama ialah tiada siapa tahu bilakah harga yang dianggap betul-betul rendah dan bilakah harga dianggap betul-betul tinggi.


Beliau (guru emas saya) perhatikan, paling cepat untuk sesuatu pusingan beli dan jual itu akan ambil masa sekitar tiga bulan, bukan secara bulanan ataupun secara mingguan.


Baca juga :


Sesiapa yang hendak menggunakan strategi ini perlu mahir ilmu Analisis Teknikal Harga Emas bagi mengenal pasti apa yang dikatakan 'harga siling' dan 'harga lantai'. 


la bukan ilmu nujum yang boleh tahu secara tepat tentang bilakah harga paling rendah dan bilakah pula harga paling tinggi (pada sesuatu masa). Bahkan jika diperhatikan, mereka yang dianggap profesional dalam bidang ini pun selalu tersasar.


KESIMPULAN


Jika anda menjadi penyimpan emas dibawah dealership saya, maka saya akan fokuskan beli emas seperti yang nasihat oleh guru emas saya iaitu 


''Beli emas bukan kita habiskan duit, beli emas maksudnya kita simpan duit. Cuma dalam bentuk yang nilainya lebih kukuh berbanding duit''.


Daripada nasihat ini, bermakna kita fokus pada posisi 'Penyimpan Emas'.


Seperti saranan guru emas, simpan emas untuk konteks 'Membina Kekayaan' iaitu kukuhkan simpanan dan kembangkan harta serta kekayaan.


Oleh itu, jika anda tidak mahu fikir, menganggu emosi atau tengok graf turun naiknya harga emas. Maka anda boleh menjadi Penyimpan Emas (Gold Saver) yang bermatlamat.


Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar


Kongsi artikel ini : 

Ulasan

Popular