WhatsApp Ikuti Info Terkini

SALAH TUJUAN MENYIMPAN EMAS, ANDA AKAN MEMBUAT KERUGIAN



Jika anda meletakkan 2 tujuan ini ketika menyimpan emas. Maka anda telah membuat kerugian.


#1. Simpanan Jangka Pendek (2 tahun ke bawah)

#2. Tiada Dana Kecemasan dalam Cash (Minimum 3 bulan pendapatan)


#1. SIMPANAN JANGKA PENDEK (2 TAHUN KE BAWAH)


Jika anda menyimpan emas dan mengharapkan pulangan/keuntungan simpanan emas dalam tempoh 2 tahun ke bawah, maka anda telah melakukan 'kerugian'.


Kerana, harga emas menaik secara puratanya 10% setahun.


Jika anda membeli emas daripada syarikat atau kedai emas yang spreadnya 10% ke bawah. Dalam tempoh 2 tahun anda memperoleh keuntungan.


Antara syarikat emas yang spread 9% ke bawah adalah syarikat emas Public Gold.

Spread Margin di Public Gold


Jadi, simpan emas untuk target jangka pendek (2 tahun ke bawah) adalah 'tujuan yang salah' untuk menyimpan emas.


#2. TIADA DANA KECEMASAN DALAM CASH (MINIMUM 3 BULAN PENDAPATAN)


Jika anda mahu simpan emas tapi simpanan sebagai dana kecemasan dalam bentuk cash minimum 3 bulan pendapatan belum ada. 


Maka, 'tujuan' simpan emas tersebut akan merugikan diri anda sendiri.


Seperti yang saya huraikan tadi, harga emas menaik secara puratanya 10% setahun.


Jika anda tiada simpanan cash sebagai dana kecemasan dan hanya ada simpanan emas. Jika terdesak/kecemasan memerlukan cash, anda terpaksa menjual emas anda untuk dapatkan tunai segera.


Sekiranya simpanan emas anda kurang dalam tempoh 2 tahun, maka anda akan melakukan kerugian daripada simpanan.


Dek kerana itu pesan guru emas saya, jika tiada simpanan dalam bentuk cash, boleh simpan emas tapi dengan jumlah yang kecil seperti 1gram atau paling rendah lagi iaitu suku gram.


Sambil disiplinkan diri menyimpan emas, sambil-sambil tabiatkan diri untuk menyimpan duit.


Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar


Ulasan

Popular