PENYIMPAN EMAS YANG BERMATLAMAT
Penyimpan emas yang mempunyai matlamat, berbeza dengan pembeli emas sekadar ikut-ikut orang.
Penyimpan emas bermatlamat adalah dia meletakkan target dalam simpanannya.
Saya nak senaraikan, 8 contoh matlamat dan target dalam simpanan emas.
#1. Mas Kahwin atau Hantaran
Kumpul sekitar 5 atau 10 dinar, kemudian dijadikan sebagai mas kahwin atau hantaran ataupun kedua-duanya.
Jika perempuan pula, boleh kumpul 5 atau 10 dinar, kemudian jual dekat bakal pasangan untuk dia jadikan mas kahwin atau hantaran majlis anda.
Jika 5 dinar, saya lebih syorkan 1 dinar × 5 keping. Supaya mudah nak jual semula emas tu jika lahir anak pertama untuk buat akikah.
#2. Akikah Anak
Lahir anak pertama, jual 1 dinar dan beli seekor kambing jika anak perempuan.
Jual 2 dinar dan beli dua ekor kambing jika anak lelaki.
Nilaian 1dinar sekitar seekor kambing. Bahkan ada yang kambing harganya lebih murah daripada 1dinar. Kena pandai pilih dan pandai cari.
#3. Deposit Beli Rumah atau Beli Tanah secara Tunai
Anda boleh kumpul 23keping × 1dinar untuk dijadikan deposit beli rumah ataupun kumpul 100keping × 1dinar untuk beli tanah secara tunai.
#4. Dana Kecemasan
Kumpul 12keping × 1dinar untuk dijadikan dana kecemasan. Jika kecemasan kelak, anda boleh buat dua pilihan samada pajak dulu atau jual terus emas itu.
#5. Taja Sendiri Pendidikan anak
Kumpul 51keping × 1dinar untuk dijadikan tabung pendidikan anak. Kelak nanti anak tidak perlu membuat hutang untuk tampung kos belajarnya dan anak anda juga tidak terbeban dengan hutang selepas tamat belajar nanti.
#6. Tunaikan Umrah
Untuk makluman anda, kian tahun kos umrah dalam Ringgit semakin meningkat sedangkan dalam nilai emas semakin berkurang.
Ini bermakna simpan dan kumpul emas lebih berbaloi daripada kumpul duit.
Jadi, anda boleh letak target untuk kumpul 12keping × 1dinar.
#7. Modal Perniagaan
Kumpul 12keping × 1dinar untuk dijadikan modal untuk projek baru dalam bisnes menggunakan strategi pajak atau ar-Rahnu.
#8. Tabung Persaraan
Berkata guru saya, ''Bersara bukan tentang umur tapi tentang bagaimana kita menguruskan kewangan kita''.
Jadi, kita boleh bersara dengan simpanan yang kukuh.
Kumpul 85keping × 1dinar untuk dijadikan Tabung Persaraan.
KESIMPULAN
Inilah 8 contoh target dan matlamat dalam simpanan yang dapat saya senaraikan. Selebihnya, anda boleh letak target atau matlamat anda sendiri.
![]() |
| Tekan KLIK SINI pada poster untuk lihat 6 kategori TESTIMONI PENYIMPAN EMAS |
![]() |
| Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar |










Ulasan