''Jangan fikir simpanan duit di bank itu terjamin''
''Jangan fikir simpanan duit di bank itu terjamin''
Ayat tadi antara pesanan guru kewangan saya.
Guru kewangan saya pernah menulis satu artikel dalam blognya, kata beliau,
''Tiada jaminan duit yang kita simpan di bank itu boleh dikeluarkan.
Saban tahun ada sahaja berita pendeposit tak dapat keluarkan duit mereka dari bank. Ia sering terjadi di luar negara (semoga tak terjadi di Malaysia).
Bila ianya terjadi, walaupun simpan duit banyak di bank, tapi duit itu tidak boleh dikeluarkan.
Ya, memang betul, itu duit kita sendiri, dan itu duit hasil titik peluh kita sendiri.
Tapi malangnya, bila simpan duit di bank, ianya bukan di bawah kawalan kita 100%. Ia tertakluk kepada kuasa bank dan kerajaan sama ada membenarkan ia dikeluarkan, dihadkan pengeluaran, ataupun dibekukan!''
Solusi seperti yang disarankan guru saya adalah,
''Tukarkan 10% Kepada Emas''
Baca juga :
Kata guru saya, ''Bila kita faham tentang risiko ini, setiap kita perlu ada aset yang 100% di bawah kawalan kita, iaitu emas (dan perak). Tidak ada siapa yang boleh gangu gugat kekayaan kita selagi emas itu ada di tangan kita''
Pesan guru saya,
''Tidak perlu semua kekayaan ditukarkan kepada emas. Tapi cukuplah SEBAHAGIAN sahaja sebagai persediaan kalau-kalau perkara yang tidak diingini itu terjadi''
Menurut Pakar Kewangan Tuan Azizi Ali, ''sekurang-kurangnya 10% kekayaan kita patut disimpan dalam bentuk emas. Kalau apa-apa terjadi kepada kita atau negara kita, kekayaan 10% itu masih kekal bersama kita.''
Bak kata pepatah berbunyi, sediakan payung sebelum hujan... InsyaAllah
![]() |
| Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar |
Educator - Gold Saver



Ulasan