WhatsApp Ikuti Info Terkini

DUA CARA UNTUK BEBAS KEWANGAN (BERSARA) MELALUI EMAS


Guru saya pesan, ada dua cara jika anda mahu bebas kewangan (bersara) melalui emas,


1. Simpan 360gram emas


Iaitu simpan dan kumpul emas sehingga 360gram.


Kaedah terbaik yang guru saya cadangkan adalah simpan dan kumpul emas melalui Akaun Emas GAP.


Apa itu Akaun Emas GAP?


Anda boleh tonton dua video di bawah ini iaitu 'Apa itu Akaun Emas GAP (Penerangan Ringkas)?' dan '10 Kelebihan Simpan Emas melalui Akaun Emas GAP'.



Walaupun namanya akaun, tapi bersandarkan kepada emas fizikal. Guru emas saya lebih sarankan, walaupun simpan emas melalui akaun, tapi keluarkan juga dalam bentuk fizikal untuk dapatkan magnet emas tersebut.


2. Berniaga Emas


Jika kita mempunyai simpanan yang kukuh, ia tetap tidak menjadi jaminan kekukuhan kewangan untuk bebas kewangan (bersara) jika kita tiada pendapatan pasif (gaji bersara).


Pendapatan pasif (gaji bersara) ini untuk tambahan pendapatan daripada disentuh oleh simpanan.


Contohnya, air dalam jug jika di tuang maka air akan berkurang. Jika di tuang tapi tidak di tambah, maka air dalam jug akan habis.


Jadi, kita perlu isi air dalam jug untuk kekalkan atau tambahkan lagi jumlah air dalam jug tersebut.


Begitu juga jika kita mempunyai simpanan tapi tiada pendapatan pasif.


Simpanan jika selalu dibelanjakan, simpanan akan berkurang. Solusinya ialah, wujudkan pendapatan pasif (gaji bersara). Tak kerja pun duit tetap masuk.


TAMBAHAN


Tambahan daripada dua di atas adalah wujudkan simpanan dalam bentuk cash 1.2 juta untuk bebas kewangan (bersara) bagi fasa 'lega' dan 'selamat'.


Selamat di sini bukan bermaksud tidak percaya kepada taqdir Allah, selamat dengan maksud ikhtiar.


Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar

Wan Hasbullah az-Zahabi
Educator - Gold Saver


Kongsi artikel ini :

Ulasan

Popular