CARA BETUL UNTUK TUJUAN MENYIMPAN EMAS
2 cara anda boleh semak untuk tujuan yang betul 'Menyimpan Emas'.
#1. Simpanan Jangka Sederhana dan Panjang
#2. Matlamat dalam Simpanan Emas
#1. SIMPANAN JANGKA SEDERHANA DAN PANJANG
Saya spesifikkan dulu jangka masa (sederhana dan panjang).
Pakar kewangan Malaysia iaitu Tuan Azizi Ali membahagikan jangka masa kepada tiga iaitu,
Ⅰ) Jangka pendek : 2 tahun ke bawah
Ⅱ) Jangka sederhana : 2-5 tahun
Ⅲ) Jangka panjang : 5 tahun dan ke atas
Jika anda mahu simpan emas, maka anda perlu letak target simpanan emas untuk tempoh jangka sederhana dan panjang.
Hal ini kerana, harga emas menaik secara puratanya 10% setahun.
Jika anda jual emas anda dalam tempoh kurang daripada 2 tahun, bermakna anda telah melakukan kerugian.
Jadi, anda perlu beli emas di kedai atau syarikat emas yang spread valuenya bawah 10%.
Spread value syarikat emas di Public Gold mempunyai spread di antara 6%- 9% sahaja.
![]() |
| Spread Margin di Public Gold |
Ini bermakna, jika harga emas naik melebihi 9%, kita sudah boleh jual emas tersebut dan mendapatkan keuntungan.
Jika spread tinggi bermakna kita perlukan masa yang lebih lama untuk peroleh keuntungan apabila kita nak jual emas tersebut.
- Dengar juga ini :
#2. MATLAMAT DALAM SIMPANAN EMAS
Matlamat simpan emas sama sahaja seperti simpan duit.
Contohnya, simpan duit untuk beli kereta, rumah, tanah dan sebagainya.
Cuma, yang bezanya adalah simpan emas lebih berkesan, untung dan berbaloi berbanding simpan duit.
Jika anda menyimpan duit, anda akan menghadapi 2 masalah ini,
Ⅰ. Simpanan selalu bocor. Tak sampai beberapa bulan buat simpanan, dah 'acah-acah terdesak' nak guna duit padahal bukan kegunaan kepentingan.
Ⅱ. Nilai duit yang jatuh. Walaupun nombornya sama tapi nilainya sudah berbeza.
Mudah kata, harga barang semakin naik.
Harga barang semakin naik dek kerana INFLASI akibat ketidakstabilan ekonomi dan politik negara.
KESIMPULAN
Oleh itu, 'tujuan yang betul' untuk Simpan Emas adalah Simpanan untuk jangka masa sederhana dan panjang.
Disamping itu, simpan emas untuk target matlamat.
Jarang saya jumpa orang jual emas sebab terdesak nak beli kasut tinggi melainkan apabila capai matlamat simpanan emasnya kemudian jual emas tersebut untuk beli tanah, deposit beli rumah, tabung pencen dan sebagainya.
![]() |
| Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar |



Ulasan