JIKA EMAS SUDAH MERAWAT SIMPANAN BOCOR, UNTUK APA LAGI SIMPAN EMAS ?
Dua alasan,
#1. Mengelak daripada Inflasi
#2. Dijadikan matlamat dalam simpanan
#1. Mengelak daripada Inflasi
Majoriti guru-guru kewangan berkata, duit adalah kegunaan segera untuk dijadikan transaksi jual beli.
Jika simpanan pula, cukup dalam tempoh yang singkat seperti 3-6 bulan pendapatan untuk dijadikan dana kecemasan, bukan simpanan yang terlalu banyak untuk tempoh yang lama.
Simpanan itu cukup 3-6 bulan pendapatan sahaja, selebihnya dilabur pula.
Hal ini adalah kerana masalah besar yang ada pada duit adalah INFLASI.
Inflasi adalah 'rompakan tersembunyi' bak anai-anai memakan kayu.
Walaupun jumlah duit adalah sama tapi nilainya sudah berbeza.
Contohnya, pada tahun sekitar 90an, Rm1 kita dapat membeli sekurang-kurangnya 5 biji karipap. Hari ini, Rm1 agak sukar untuk memiliki 5 biji karipap seperti tahun 90an. Mungkin Rm1 boleh dapat 2 atau 3 biji karipap sahaja.
Lihat ! Jumlah yang sama (Rm1) tapi quantitynya sudah berbeza.
#2. Dijadikan matlamat dalam simpanan
Mereka yang faham untuk memanfaatkan simpanan emas, mereka jadikan emas sebagai alat untuk capai matlamat.
Contohnya, simpan emas untuk dijadikan deposit beli rumah atau beli tanah dengan tunai.
Ataupun simpan emas untuk dijadikan kos tunaikan umrah atau haji.
Terpulang pada matlamat masing-masing. Yang penting, matlamat simpanan emas tersebut mestilah dalam jangka 2 tahun ke atas.
Jangan simpan emas untuk beli karipap pula sudah la.
![]() |
| Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar |
Kongsi artikel ini :


Ulasan