WhatsApp Ikuti Info Terkini

EMAS UNTUK KUKUHKAN KEWANGAN DAN KEMBANGKAN KEKAYAAN

 

Sesetengah orang apabila sebut tentang emas, mereka memandang dari konteks 'Pelaburan' iaitu Beli harga Rendah, Jual harga Tinggi.


Bagi saya, saya lebih melihat emas seperti yang disarankan oleh guru saya iaitu jadikan emas sebagai alat untuk membina kekayaan dan bebas kewangan.


Asasnya adalah dua,

#1. Kukuhkan kewangan dengan simpanan

#2. Kembangkan harta dan kekayaan


#1. Kukuhkan kewangan dengan simpanan melalui emas


Menyimpan adalah perkara paling asas untuk membina kekayaan atau bebas kewangan.


Jadi, emas membantu seseorang untuk kukuhkan kewangan dengan simpanan.


Kalau simpan duit, simpanan selalu bocor. Tapi tidak berlaku kepada simpanan emas. 


Kalau simpan emas, simpanannya semakin bertambah. 


Contohnya, jika ada duit Rm300 dalam bank, kita tidak teragak-agak keluarkan duit itu untuk beli perkara bukan keperluan seperti kasut, beg tangan dan sebagainya.


Tapi jika simpan emas 1gram yang nilainya hampir Rm300, tidak munasabah jual 1 gram emas untuk dapatkan duit tunai untuk beli kasut. 


Tidak munasabah kan? Betul tak?


Yang saya jumpa, penyimpan emas akan jual emasnya jika sampai target atau matlamat dalam simpanannya seperti dijadikan deposit beli kereta, beli rumah, atau beli tanah secara tunai dan sebagainya.


Bergantung kepada matlamat dalam menyimpan.


Oleh itu, simpan emas 'lebih berbaloi' daripada simpan duit untuk mengukuhkan kewangan seseorang.


#2. Kembangkan Harta dan Kekayaan


Simpan emas tidak terhad kepada simpanan sahaja. Tidak !


Guru saya menyarankan, kembangkan kekayaan kita hasil daripada simpanan emas.


Sebagai contohnya, 


Jika kita ada bisnes, setiap kali dapat untung daripada perniagaan, 10% tukarkan kepada emas (emas yang terbaik adalah emas 999 seperti dinar atau jongkong)


Apabila ada projek baru seperti mahu kembangkan lagi perniagaan atau projek bisnes yang lain. Ar-Rahnukan emas tersebut.


Tunai daripada pajak tadi, jadikan modal untuk projek yang baru.


Dapat untung, tebus semula emas tadi. Baki duit selepas tebus adalah keuntungan sebenar projek.


Selain daripada kembangkan kekayaan dengan bisnes, cara yang lain seperti yang disarankan guru kami ialah deposit beli rumah atau beli tanah secara tunai.


Kumpul 96-100gram emas, kemudian jadikan deposit beli rumah. 


Rumah tadi dijadikan sewaan.


Hasil sewaan pula, 10% diasingkan kepada emas. Kumpul emas dan beli lagi rumah. 


Begitulah seterusnya.


Atau kumpul 100keping 1dinar, kemudian beli tanah secara tunai.


Tanah tadi boleh dibangunkan tempat untuk sewaan samada buat rumah sewa, homestay atau buat sewa tapak kedai.


Terpulang atas peluang untuk buat duit hasil dari sewaan atas tanah tadi.


Hasil sewaan, 10% asingkan kepada emas dan kumpul lagi emas untuk beli lagi tanah dan begitulah seterusnya.


KESIMPULAN


Penerangan saya tadi. Saya percaya, ada beberapa poin atau boleh jadi semua poin tadi membuatkan anda terfikir sejenak dan mempunyai sesuatu idea tentang simpan emas untuk konteks membina kekayaan.


Oleh itu, jika anda sudah faham asas tentang simpanan emas. Anda boleh bagitahu saya untuk cara bermula menyimpan emas dibawah team dan bimbingan saya. Insyaa Allah saya boleh bantu anda bermula simpan emas walaupun serendah Rm100 (suku gram).


>KLIK SINI<


Kongsi artikel ini :

Ulasan

Popular