WhatsApp Ikuti Info Terkini

DUIT : BOLEH JADI BAHAGIA, BOLEH JADI SENGSARA

 

BAHAGIA


Orang yang bahagia hidup bersama duit apabila duit dibelanjakan mengikut kemampuan, bukan diluar kawalan pendapatan.


Pada masa yang sama, duit bukan lagi matlamat dalam hidupnya melainkan menjadi alat untuk berkongsi bahagia melalui sedekah.


Asbab duit tadi kita dapat berkongsi bahagia lantas bahagia yang dikongsi tadi menjadi magnet dalam hidup kita.


Orang lain bahagia, kita pun turut gembira.


SENGSARA


Sengsaranya hidup jika 'berduit' adalah apabila duit dibelanjakan diluar kawalan pendapatannya.


Mudah kata, boros dan nafsu ketika berbelanja. Akibatnya, duit selalu tidak cukup.


Selain daripada itu, sengsaranya hidup berlandaskan duit adalah apabila hidup untuk melangsaikan hutang. Selagi hutang tidak diselesaikan, selagi itu terpaksa bekerja untuk menyelesaikan hutang walaupun sudah tua.


 Inilah dinamakan 'bebanan hutang'.


Ia berbeza berhutang dengan hutang positif dan hutang negatif.


Bebanan hutang diketegorikan hutang negatif.


KESIMPULAN


Inilah pandangan berbeza terhadap duit. Memandang duit dari sudut positif, maka duit memberi positif dalam hidup kita.


Jika duit dipandang dari sudut negatif, maka duit memberi magnet negatif sepanjang kita hidup.


Kita tetap perlu berhadapan dengan duit sekalipun kita membencinya dek kerana itu dalam islam adanya ilmu bermuamalat.


Realitinya kita bermuamalat sesama manusia melalui perantaraan duit, namun secara hakikatnya kita bermuamalat dengan Allah.


Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar

Kongsi artikel ini :

Ulasan

Popular