WhatsApp Ikuti Info Terkini

DUA KESILAPAN SEAWAL SAYA BELI EMAS



#1. Tunggu harga rendah serendah-rendahnya

#2. Tiada dana kecemasan dalam bentuk cash walaupun 3 bulan pendapatan


Kesilapan Pertama : Tunggu harga rendah serendah-rendahnya


Kesilapan terawal adalah saya terlalu dengar cakap orang untuk tunggu beli ketika harga rendah serendah-rendahnya.


Apabila harga sudah rendah, katanya tunggu lagi sebab akan turun lagi.


Akhir sekali, harga yang rendah tadi sudah menjadi kenangan semalam sedangkan esok harga emas naik meningkat.


Dek kerana itu pesan guru emas saya, ''jika kita sudah rancang hasil daripada pendapatan kita untuk asingkan 10% kepada simpanan emas. Maka jangan ditunggu harga rendah, pejam mata dan terus simpan''


Hal ini adalah kerana bimbang berlaku dua kebimbangan,

1. Harga rendah akan menjadi kenangan,

2. Tunggu harga rendah, akhir sekali duit sudah habis dibelanjakan.


Kesudahannya kita tidak menyimpan juga. Duit pun habis, simpanan pun tiada.


Kesilapan Kedua : Tiada dana kecemasan dalam bentuk cash walaupun 3 bulan pendapatan


Ini kesilapan yang akan menjadi risiko jika anda membeli emas tapi tiada dana kecemasan dalam bentuk cash walaupun 3 bulan pendapatan.


Jika anda tiada simpanan 3 bulan pendapatan dalam bentuk cash dan hanya ada emas. Anda boleh saja tukarkan emas kepada tunai, cuma anda akan rugi jika belian emas tersebut bawah daripada tempoh 2 tahun kerana harga emas daripada syarikat emas yang spread valuenya bawah 10% menganggarkan 2 tahun ke atas untuk menikmati untung. Jika kurang dari 2 tahun, maka rugi jika di jual ketika itu.


Dek kerana itu guru emas saya berpesan, jika tiada dana kecemasan dalam bentuk cash walaupun 3 bulan pendapatan, jangan beli emas dalam jumlah yang besar.


Beli dalam jumlah yang kecil dulu seperti 1gram atau suku gram.


Emas ini adalah salah satu alat kewangan untuk membantu simpanan kita daripada simpanan selalu bocor.


Dek kerana itu pada langkah terawal, jadikan emas sebagai alat untuk mengubah sikap agar berdisiplin.


Fokus simpan emas dalam jumlah yang kecil dulu sambil-sambil simpan duit dalam bank.


Apabila sudah cukup jumlah simpanan cash 3 bulan pendapatan, barulah boleh fokus pada simpanan emas dalam jumlah yang besar pula.


Kemudian boleh letak target simpan emas untuk capai matlamat seperti dijadikan mas kahwin, deposit beli rumah, tabung pencen dan sebagainya.


Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar

Kongsi artikel ini :

Ulasan

Popular