CARA ORANG BERNIAGA MANFAATKAN SIMPANAN EMAS
Ada dua cara orang berniaga manfaatkan simpanan emas.
Tips pertama saya ambil daripada guru emas saya. Tips kedua saya dapat daripada guru semasa saya menghafal al-Quran dulu.
TIPS PERTAMA : MODAL PROJEK BARU (tips daripada guru emas saya)
Kebiasaan bagi orang berniaga, apabila dia mahu kembangkan lagi perniagaannya maka dia memerlukan modal yang baru dan lebih besar.
Caranya ialah,
1. Setiap kali dapat untung daripada perniagaannya, 10% dia akan tukarkan kepada emas (emas yang terbaik adalah emas 999 seperti dinar atau jongkong)
2. Apabila ada projek baru seperti mahu kembangkan lagi perniagaan mereka atau projek bisnes yang lain. Maka mereka akan ar-Rahnukan emas tersebut.
3. Tunai daripada pajak tadi, mereka jadikan modal untuk projek yang baru.
4. Dapat untung, tebus semula emas. Baki duit selepas tebus adalah keuntungan sebenar projek.
5. Ikuti semula langkah pertama
TIPS KEDUA : PERTAHANKAN PERNIAGAAN KETIKA DARURAT (tips daripada mudir tahfiz saya)
Langit tak selalunya cerah, ada hari langit akan mendung. Begitu juga dengan perniagaan. Ada hari untung berganda dan stabil, ada hari rugi boleh jadi bakal terjadi.
Guru saya bercerita, semasa covid 19 tempoh hari, tahfiz tempat saya menghafal al-Quran dulu tetap menjalankan kelas seperti biasa tapi melalui atas talian (onlien).
Kata guru saya, semasa tu ramai pelajar yang tidak membayar yuran bahkan hampir 6-7 bulan pelajar tidak membayar yuran.
Mungkin faktor ibu bapa yang dibuang kerja, wallahu'alam.
Tapi, tahfiz boleh stabil seperti biasa tanpa mengharapkan dana bantuan orang lain.
Kata guru saya, ''ana siap boleh bagi bonus lagi dekat ustaz-ustaz semasa tu (tempoh pelajar tidak membayar yuran)''.
Apa rahsianya ?
Selain daripada 'rezeki Allah', guru saya sudah bersedia dengan kewangan sekolah yang stabil dan lebih daripada ekonomi yang sangat kukuh.
Caranya ialah, guru saya beli, simpan dan kumpul emas.
Apabila terdesak atau kecemasan. Jika ada emas ditangan. Maka emas tadi kita boleh buat dua pilihan,
Pertama, pajak dulu.
Kedua, jual terus emas itu.
Setahu saya, guru saya ini sejak muda lagi sudah memanfaatkan simpanan emas.
Tidak setakat emas digunakan ketika darurat sahaja...
Guru saya bercerita, hasil daripada beli, simpan dan kumpul emas tadi. Apabila ada peluang untuk membeli tanah, guru saya akan tukarkan emas kepada duit kemudian beli tanah secara tunai.
Ada beberapa tanah guru saya beli secara tunai hasil simpan emas untuk dimanfaatkan bagi pelajar-pelajar tahfiz. Subhanallah.
Antara pesan ringkas guru saya,
''Wan, kalau kita ada duit belum tentu kita ada emas, kalau kita ada emas sudah tentu kita berduit''
Pesannya lagi,
''Wan, ana simpan emas bukan sebab nak lagak kaya. Ana pakai kain pelikat orang bagi je, gi mari gi mari pakai selipar jepun.
Wan, orang agama kena kaya. Biarlah luaran nampak miskin, lekeh. Tapi kalau orang nak jual tanah, kita boleh beli segera dengan bayaran cash tanpa berhutang hasil daripada simpanan emas.
Kita ada emas untuk kita manfaatkan harta dunia untuk kegunaan akhirat. Bukan jenis ana hulur tangan minta bantuan''.
![]() |
| Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram Rasmi sekarang. 'KLIK SINI' pada gambar |
Kongsi artikel ini :


Ulasan