WhatsApp Ikuti Info Terkini

Simpan Dulu, Baru Belanja

 

"Pendapatan saya rendah. Perbelanjaan pun cukup-cukup makan je. Lebih sedih, selalunya perbelanjaan tak cukup pula tu, macam mana nak buat simpanan''


Dikalangan kita, mesti berlaku situasi yang sama.


Realiti zaman kini, segala kos memang agak tinggi. Kalau hidup sekadar berjimat agak tak releven sekarang ni.


Bukan setakat berjimat untuk buat simpanan, berjimat untuk bagi dapur berasap pun terkadang tidak berkemampuan.


Tapi, apakah solusi bagi isu ini ?


Sebenarnya, berapa rendah sekalipun pendapatan kita. Simpanan tetap penting.


Mengikut guru-guru dalam kewangan, simpanan adalah suatu hukum yang wajib dalam kewangan. Kalau tak buat, maksudnya kita akan buat dosa besar dalam kewangan kita.


Kalau pendapatan asasi kita rendah, nak tak nak. Kita perlu cari pendapatan sampingan untuk tambah pendapatan kita.


Ye, kita kena cerdik, cekap berfikir, laju cari dan ambil peluang, kembangkan skill yang kita ada.


Saya pernah menulis satu kata-kata ini dalam buku nota saya semasa SPM dulu. Kata-kata ini menjadi pembakar semangat untuk diri saya sendiri. 


Saya percaya dengan kata-kata ini, ''Allah tak cipta manusia yang bodoh. Tapi Allah mencipta manusia yang berbeza kelebihan & kepakaran''.


Maksudnya, setiap dari kita, ada kelebihan & kepakaran tersendiri. Allah tak cipta seseorang manusia itu semuanya yang ada pada dia adalah kekurangan dan kebodohan. Isunya, mungkin kita belum cukup gali habis lagi kelebihan dan kepakaran yang kita ada.


SOLUSINYA


Jadi, untuk solusi isu ini adalah,


1. Tambah pendapatan sampingan seperti ambil upah potong rumput ke, rider ke dan sebagainya. Fikir, cari dan ambil peluang.


2. Dapat gaji, pendapatan atau hasil dari perniagaan. Simpan minimum 10%. Tak mampu 10%, dapat simpan Rm5 pun dah ok daripada langsung tiada simpanan. 


Pengalaman istri saya dulu, dia cerita pada saya. Sebelum kami nikah, setiap hari dia buat simpanan 50sen sehari. 


Isunya, bukan berapa besar jumlah simpanan kita tapi betapa kuat tekad dan disiplin kita untuk membuat simpanan.


Sebenarnya, simpanan bukan sekadar tentang duit tapi tentang disiplin.


Mudah kata, simpanan ni adalah kita bayar untuk diri sendiri setelah kita penat bekerja.


Wan Hasbullah az-Zahabi
Educator-Gold Saver


Artikel berkaitan :


Kongsi artikel ini :

Ulasan

Popular