WhatsApp Ikuti Info Terkini

KENAPA PUBLIC GOLD TIDAK KELUARKAN ITEM EMAS BAWAH SETENGAH GRAM ?


Kenapa PG tidak keluarkan item emas fizikal bawah daripada 1gram atau bawah setengah gram. Contohnya 0.1 gram ke, atau 0.2 gram ke?


Pertanyaan ini guru emas saya pernah jawab dalam training kami. Jadi saya jawab mengikut jawapan guru emas saya yang dah ada pengalaman lebih 12 tahun dalam dunia emas.


Jawapannya ialah, dua alasan iaitu


Alasan #1. Kos pembuatannya mahal


Sebenarnya, semakin kecil item emas itu semakin mahal harga emas tersebut sebab proses pembuatannya agak cerewet.


Disebabkan proses pembuatannya cerewet, maka kos item sebesar itu agak tinggi dan lebih mahal.


Alasan #2. Ar-Rahnu atau tempat pajakan tidak terima kalau emas itu terlalu kecil


Walaupun kita ada 10 gram emas tapi semuanya besar 0.1 gram atau 0.2 gram sahaja, tempat pajakan memang susah nak terima.


Jadi, sebab itulah Public Gold tidak keluarkan item emas fizikal sekecil yang ditanyakan tadi.


Walaupun kecil nampak comel dan boleh dijadikan hadiah, sebenarnya tidak berbaloi bahkan lebih rugi sebenarnya.


Jadi, Public Gold dah buat penelitian lebih awal dan mengambil langkah tengah dan mudah untuk pelanggan.


Di Public Gold boleh keluarkan item sekecil 1gram melalui akaun emas GAP. Dengan 1gram tu, kosnya tidak terlalu mahal dan kalau tiba-tiba terdesak pada bila-bila masa disaat kita pun tak jangka dan perlu guna duit dengan segera, kita boleh je pergi pajak emas tu.


Kalau kita ada item sekecil 0.1, 0.2 atau 0.3 gram walaupun jumlah terkumpul semuanya 10 gram, 20 gram. Masa terdesak pergi tempat pajakan nak guna duit segera, bimbang mampu ternganga sahaja depan kaunter.


Duit tak dapat, masa pun terbuang.


Mungkin kita fikir, semakin kecil item emas itu semakin boleh jimat kos. Padahal tak pun. Bahkan tidak berbaloi pula tu.


Subscribe Channel Youtube saya


Wan Hasbullah az-Zahabi
Educator-Gold Saver


Kongsi artikel ini :

Ulasan

Popular